23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Sut Tali Leher Warna-Warni VS Baju Melayu Hitam : 2 ‘Vibes’ Berbeza Di Hari Pertama Sidang Parlimen

Penubuhan Kerajaan Perpaduan sememangnya memberi warna-warni baharu dalam landskap politik negara apabila menyaksikan gabungan politik yang dahulunya menjadi seteru utama iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kini bertukar menjadi ‘rakan’ baharu.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang membuka tirai pada hari ini, Isnin (19 Disember) — turut melakar sejarah tersendiri apabila kedudukan ahli Dewan Rakyat daripada PH dan BN kini berada sebaris dalam satu blok.

Kesemua Ahli Parlimen Kerajaan dilihat begitu riang dan ceria mengenakan sut lengkap bertali leher warna-warni serta dilihat teruja dan tidak melepaskan peluang merakam gambar untuk dimuat naik di media sosial masing-masing.

Sut Tali Leher Warna Warni VS Baju Melayu Hitam 2

Tidak terkecuali, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, yang berkongsi hantaran gambarnya duduk bersebelahan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera

Berdasarkan gambar yang dikongsi Guan Eng itu, tempat duduk Ismail Sabri berada di tengah-tengah antara dirinya dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

1671448088 217 Sut Tali Leher Warna Warni VS Baju Melayu Hitam 2

Tidak ketinggalan melakukan hal sama adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

1671448088 894 Sut Tali Leher Warna Warni VS Baju Melayu Hitam 2

Sementara itu, di blok Ahli Parlimen Pembangkang lain pula warnanya apabila kesemua mereka yang terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Bersatu, PAS dan Gerakan lebih selesa memilih busana tradisional seperti baju Melayu lengkap bersampin dan baju kurung berwarna ketika mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang bukan beragama Islam pula memilih memakai suit hitam.

1671448088 100 Sut Tali Leher Warna Warni VS Baju Melayu Hitam 2

Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan banyak kejutan berlaku dalam arena politik tanah air sehingga terbentuknya Kerajaan Perpaduan dan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang membuka tirainya hari ini bakal menjadi ujian pertama keutuhan Kerajaan Perpaduan di Dewan Rakyat.

1671448089 154 Sut Tali Leher Warna Warni VS Baju Melayu Hitam 2

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI