31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Syamsul Yusof dipuji berbudi pada tanah – “Dah jutawan pun turun ladang”

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai anak seni, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof tidak lupa berbudi kepada tanah dengan mengusahakan ladang durian Musang King.

Menerusi satu posting di aplikasi TikTok, pengarah berusia 38 tahun itu berkongsi video ketika melawat ke kawasan ladang tersebut sambil merakam persekitaran yang dipenuhi pokok tanaman.

@syamsulyusoffilm

melawat ladang..mudah mudahan allah izin.#musangking #fyp

♬ bunyi asal – syamsulyusoffilm – syamsulyusoffilm

“Melawat ladang.. mudah-mudahan Allah izin,” tulis pengarah filem Mat Kilau itu tanpa mendedahkan maklumat lanjut mengenai ladang yang diusahakan.

Rakaman berdurasi 29 saat itu menerima 765,000 tontonan dan lebih 1,500 komen netizen yang rata-rata memuji usaha Syamsul ‘bercucuk tanam’ sebagai pelaburan untuk masa depan.

Selain itu, terdapat juga segelintir individu mendoakan anak kepada penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam itu supaya terus meraih kejayaan serta dimurahkan rezeki.

WhatsApp Image 2022 11 10 at 5.15.33 PM

WhatsApp Image 2022 11 10 at 5.15.34 PM

WhatsApp Image 2022 11 10 at 5.15.35 PM

Terdahulu, kejayaan luar biasa filem Mat Kilau mendorong kerajaan membantu penggiat filem menghasilkan lebih banyak karya kenegaraan dengan memperuntukkan berjumlah RM50 juta dalam Bajet 2023.

Untuk rekod, Syamsul berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liaya pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Sumber: TikTok & Instagram Syamsul Yusof

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI