28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Syamsul Yusof kekal tenang, sibuk hasilkan filem The Original Gangster

Pengarah sensasi Syamsul Yusof terus fokus menghasilkan filem terbaharu berjudul The Original Gangster walaupun berdepan konflik rumah tangga bersama dua isteri, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.

Menurut laporan BH Online, pengarah berusia 38 tahun itu memuat naik satu video memaparkan suasana di lokasi penggambaran filem terbitan syarikatnya iaitu Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures.

“Shooting time,” tulisnya ringkas dengan meletakkan nama akaun beberapa pelakon filem tersebut.

Menerusi rakaman 24 saat itu, Syamsul dilihat mengucapkan tahniah kepada anak seniman legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin iaitu Putera Hang Jebat.

Difahamkan, ia berhubung laporan mengenai Putera Hang Jebat yang berjaya mengetepikan dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah seluas 0.265 hektar yang dilakukan oleh dua abangnya, Jeffrey Jins dan Hang Tuah, tiga tahun lalu.

Pada masa sama, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memohon doa orang ramai agar dipermudahkan bagi pembikinan filem berkenaan.

“Doakan The Original Gangster,” katanya sambil tersenyum.

Filem aksi termahal di Malaysia itu menampilkan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T dan ramai lagi.

Minggu lalu, Syamsul mengesahkan sudah menikahi Ira di Thailand sebelum kisah rumah tangganya terus berlarutan sehingga Puteri Sarah memaklumkan akan memfailkan perceraian pada Isnin ini.

Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud) , Instagram Syamsul Yusof


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI