26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Tаk Puаs Hаti Makanan Sampai Paling Lewаt, Lelaki Ini Cari Gаduh Dengan Robot Pelаyan

Bila dah pesan makanan di kedai makan, tiada siapa yang suka menunggu lama. Lebih-lebih lagi semasa perut kosong, sudah tentu kita akan lebih cepat berasa moody dan marah-marah.

Namun adakalanya hal yang tidak diduga akan berlaku di bahagian dapur yang akan membuat pelanggan menunggu lebih lama dari biasa. Ada yang mampu bersabar, tapi ada yang lain pula hingga mahu bergaduh dengan pekerja.

Tak Puas Hati Makanan Sampai Paling Lewat, Lelaki Ini Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

Hal sebegitu berlaku apabila seorang wanita azie_anjeeee dan kawan-kawannya telah ke sebuah kedai makan untuk makan bersama sambil meluangkan waktu untuk lepak bersama.

Setelah memesan makanan masing-masing, mereka dengan penuh sabarnya menunggunya siap dimasak. Satu-satu hidangan tiba, wanita itu menyedari bahawa salah seorang kawannya belum menerima lagi makanannya.

Walaupun sedang lapar, kawan lelakinya itu cuba tahan sabar tapi dengan perut yang kosong, kelewatan tersebut mula mengujinya. Selang beberapa minit baru lah pesanannya tiba.

Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

Kelaparan, dia terus mengambil makanannya dari robot pelayan yang menghantarnya sambil tak berhenti membebel pada robot tersebut. Melihat gelagat kawannya, semua orang di meja itu berasa sangat terhibur. Ada juga yang turut ikut mengusik.

Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

Selesai mengambil makanannya, dia terus menghalau robot tersebut kerana masih lagi berasa ‘panas’ dengan perkhidmatannya yang lambat.

“Sebab makanan dia paling last. Sampai merajuk robot tu sampai nak langgar dinding!”, ulas wanita tersebut.

@azie_anjeeeeSakit perut laa da dpt member camni …lapar smpi ajak gduh ngn robot🤣 ..kesian robot kena ceramah ..♬ original sound – ℂ𝔼𝕆 𝕆𝔽 𝔹𝔸ℕℕ𝔼𝔻🎗 – KNAPE ERK! 🎗

Sesiapa sahaja akan mudah melenting apabila perut tengah kosong dan kelaparan. Kita yang makanan belum tiba sambil tengok orang lain ini tentu akan berasa ‘panas’.

Tapi kesian pula kepada robot pelayan tersebut yang terpaksa menanggung padah. Yang silapnya pihak dapur tapi dia pula yang kena bebel. Kerja robot itu hanyalah untuk menghantarkan pesanan, bukan menyediakannya di dapur.

Kredit: azie_anjeeee

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI