25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Tahniah” – Hanya Sekali Lafaz, Sharifah Amani Sah Bergelar Isteri Kepada CEO Syarikat

Dengan sekali lafaz, pelakon genit Sharifah Amani selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya iaitu Ahmed Faris Othmen pada jam 10.15 minit pagi tadi.

Majlis akad nikah itu dikendalikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI), Ustaz Rahimin dengan berwalikan bapanya iaitu Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan diraikan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

sherry alhadad 2923873284504428851

sherry alhadad 2923878902749594934

sherry alhadad 2923907380941236334 1

Sharifah Amani, 36, dan suaminya memberitahu jumlah wang hantaran adalah rahsia atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.Screenshot 2022 09 10 at 10.57.12 AM

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, pelakon teater Jo Kukathas, Iedil Zuhri & Prisia Nasution, Nadiya Nissa’ dan Megat Shahrizal.

Pasangan mempelai itu akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi yang sama.

Terdahulu, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani mengikat tali pertunangan bersama Ahmed Faris iaitu seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Impact Integrated sekitar Jun lalu sehingga menarik perhatian ramai.

Sekadar info, detik perkenalan mereka berdua bermula sebagai rakan sekerja apabila Amani dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah di syarikat suaminya.

Sumber: Instagram @sherry_alhadad, Astro Gempak (Amri Hassan)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI