Pemergian pelakon dan juga influencer wanita, Syazlin Zainal, 26 tempoh hari sememangnya mengejutkan banyak pihak terutamanya rakan artis yang pernah serta rapat dengan wanita terbabit.
Jenazah Allahyarham yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 di Ampang kira-kira jam 10 malam semalam telah dihadiri ratusan orang termasuklah ahli keluarga, rakan selebriti serta kenalan yang lain.
Antara yang hadir adalah pelakon, Mas Khan, 28 yang sempat memuat naik momen berada di tanah perkuburan menghantar jenazah allahyarham disamping memberikan penghormatan terakhir.
Dalam perkongsian aktor tersebut di Insta Story, dia mengakui cemburu kerana pemergian Syazlin telah ditangisi ramai dan rata-rata menceritakan kebaikan influencer tersebut.
“Ramainya orang yang hantar Alin (panggilan Syazlin), cemburu Mas tengok. Mas belum tentu dapat macam Alin. Ramai orang sayang Alin. Rehat okay.
“Al-Fatihah… semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin,” tulisnya.
Mas Khan juga turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan punca kematian Syazlin walaupun dia tahu kebenarannya.
“Kenyataan polis telah pun disebarkan dan media pun dah update dekat media sosial. Kalau nak tahu baca sahaja kenyataan berkenaan.
“Tapi saya harap jangan buat sebarang spekulasi tentang kenyataan itu. Jangan sebarkan fitnah atas berita yang kita tak tahu kebenarannya.
“I know the truth. Doa baik-baik untuk arwah tapi tolong ambil berat fasal orang di sekeliling anda. Sokongan itu sangat penting,” katanya.
Semalam, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan mendedahkan bahawa Syazlin ditemui di bawah sebuah pangsapuri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Untuk rekod, Syazlin yang juga anak perempuan tunggal dalam keluarga pernah membintangi beberapa drama antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
Sumber: Instagram Mas Khan
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.