26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

“Tak layak jadi idola atau ikon!” -Netizen gesa boikot & ‘unfollow’ Hafidz Roshdi

Pelakon, Hafidz Roshdi dilihat mengalami ‘zaman kejatuhan’ apabila kontroversi berkenaan rumah tangganya benar-benar memberi imej buruk kepadanya.

Mana tidaknya, selepas ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isteri, Nurul Shuhada Shukri, dia dipercayai telah menumbuk wanita itu sebanyak tiga kali sehingga mengalami kecederaan teruk di muka.

Disebabkan itu, menerusi Facebook seorang pembangun konten digital dikenali sebagai Khairul Hakimin Muhammad dengan lantang menyelar pelakon itu dan dan mengajak netizen untuk memboikot Hafidz.

Ujarnya, pelakon yang memberi persepsi buruk kepada orang lain tidak wajar dijadikan idola, ikon atau apa sahaja kerana boleh memberi contoh tidak baik lebih-lebih lagi jika dipertontonkan kepada umum.

“Wajib kansel Hafidz Roshdi. Beliau tak wajar menjadi idola, ikon, artis atau apa sahaja bawaan imej di mana-mana layar, tv, pawagam atau streaming mana-mana termasuk media sosial,” tulisnya.

Snapinsta.app 1080 331058021 732292971946163 5006489560565149958 n 1

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan hantaran tersebut. Kebanyakan mereka mengatakan memang patut tindakan seperti itu dilakukan kerana kekerasan fizikal dan mental yang dilakukan seseorang kepada sesiapapun termasuklah isteri adalah satu tindakan yang kejam.

Mereka juga mengakui tidak sangka bahawa pelakon yang sering memperlihatkan imej baik itu sanggup mencederakan isteri hanya disebabkan kecurangannya ‘kantoi’ dan diketahui ramai.

Screenshot 2023 03 07 at 11.48.16 AM

 

Screenshot 2023 03 07 at 11.48.50 AM

Screenshot 2023 03 07 at 11.48.04 AM

Screenshot 2023 03 07 at 11.47.55 AM

 

Untuk rekod, Hafidz Roshdi dipercayai telah menumbuk muka isterinya, Shuhada kerana berang selepas wanita itu mengangkat panggilan telefon sewaktu berbincang di kawasan Rawat& Rehat (R&R) Sungai Buloh baru-baru ini.

Tindakan tersebut berlaku setelah tular berita dia menceraikan isteri melalui panggilan telefon selepas wanita terbabit mendedahkan kecurangannya dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Sumber” Facebook Khairul Hakimin Muhammad

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI