26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Tak nak berjauhan, Alif Satar ajak isteri & anak2 tinggal di Langkawi sebulan

Enggan berjauhan daripada keluarga, selebriti versatil Alif Satar membawa isteri dan anak-anak untuk menemaninya di Langkawi selepas terikat dengan penggambaran filem Pulau selama sebulan.

Menurut laporan mStar Online, pelakon berusia 33 tahun itu membuat keputusan tersebut selepas mendapat tahu mengenai lokasi penggambaran diadakan di pulau peranginan berkenaan.

“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job. Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan.
“Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya.

Bakal ditayangkan di pawagam pada Mac nanti, filem tersebut turut menampilkan bintang popular seperti Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su, Ms Puiyi dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Cukup Indah itu mengulas mengenai persiapan dilakukan bersama kumpulan The Locos bagi pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37).

“Sekarang rasanya baru 50 peratus persiapan yang siap. Tekanan ada sebab kami nak berikan yang terbaik buat peminat dan ini adalah kali pertama Alif berada di atas pentas sebagai sebuah kumpulan.
“Kami ada hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong Alif dengan karya dan perniagaannya lagi. Jadi saya nak bagi yang terbaik buat semua peminat,” ujarnya.

Alif dan The Locos menjadi antara 12 finalis bakal bersaing di AJL37 dengan membawa lagu Anugerah Terindah yang akan berlangsung pada 12 Februari nanti.

Sumber: mStar Online (Fathin Zamzuri) , Instagram Alif Satar & Shadila Halid



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI