26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Tak Percaya Pada Rezeki? Seseorang Tidak Akan Mati, Sehingga Telah Diterima Semua Bahagian Rezekinya

Perihal rezeki dan anak tidak sunyi daripada dibincangkan secara umum di media sosial – status kewangan bagaimana baru sesuai dapat anak, bagaimana nak buat perancangan keluarga, takut untuk dapat anak takut sempit rezeki dan macam-macam lagi.

Ketakutan Berasas Atau Tidak

Rasa takut itu normal. Kerana pasti kita akan berfikir bagaimana untuk mencukupkan keperluan seorang manusia kecil yang bermacam-macam – susu, lampin, upah jagaan taska dan lain-lain. Semakin mereka membesar, semakin berbeza pula benda yang perlu ada.

Jika ditanya semua yang bergelar ibu juga pasti mereka akan katakan pernah ada walau sekelumit rasa takut.

Hidup berdua pun cukup-cukup makan, inikan jika ada anak?

CMIA 1 6

Tetapi ada perkara yang kadang-kadang tidak dapat kita fahami seratus peratus iaitu tentang rezeki. Siapa yang tahu pembahagian rezeki yang Allah SWT sediakan buatnya di dunia ini?

Tidak ada siapa yang tahu. Perihal rezeki ialah rahsia Allah. Tetapi yang pasti seseorang itu tidak akan mati selagi tidak diterima semua bahagian rezekinya.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ‏”أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِي الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِيَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِي الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ “‏

Maksudnya: “Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Allah dan tempuhilah jalan yang baik dalam mencari rezeki kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba itu akan mati sehingga dia benar-benar telah habis rezekinya, walaupun terlambat datangnya. Maka bertakwalah kepada Allah dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki. Tempuhlah jalan-jalan mencari rezeki yang halal dan tinggalkan yang haram.” [Riwayat Ibnu Majah (2144)]

Rancang Bukan Bererti Menolak Ketentuan

Apabila disebut tentang rezeki telah diperuntukkan oleh Allah, ia bukan bererti kita tidak boleh merancang langsung.

Tidak salah merancang, bila ingin ada anak, berapa tahun sekali ingin ada anak, apa ubat atau alatan yang ingin digunakan untuk mengawal hormon dan kesuburan dan lain-lain.

Tetapi jangan sampai perancangan kita menolak ketentuan Tuhan, kerana terlampau takut dengan kemiskinan dan kefakiran.

Periksa Iman Dan Ilmu Dalam Dada

Iman ialah rasa percaya kepada Allah. Rasa percaya kepada aturan dan ketentuan Allah. Iman membuatkan seorang hamba berharap yang baik-baik dan berusaha juga sebaik-baiknya.

Apabila satu cabaran menimpa, yang akan hadir dahulu biasanya rasa takut dan risau. Tetapi usahlah dibiarkan rasa risau dan takut mengatasi rasa percaya bahawa Allah ada dan mampu membantu kita mengatasi cabaran tersebut. Itulah iman.

Iman juga memerlukan kepada ilmu agar kita lebih faham. Jika kita tidak tahu apa yang Allah janjikan tentang rezeki, bagaimana untuk kita menambah keyakinan?

Hakikatnya, Allah telah berjanji bahawa Allah lah yang menguruskan bahagian rezeki hamba-hambaNya.

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud 11:6)

Malah larangan yang jelas Allah sebutkan dalam kitabNya supaya jangan membunuh anak, atau mesej yang lebih mendalam perlu difahami – jangan takut anak itu akan membebankan atau akan menyebabkan kesusahan dan kemiskinan.

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan (kemiskinan); Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah Al-Isra’ 17:31)

Hakikatnya Allah lah yang memberikan rezeki kepada kita semua. Pekerjaan yang dilakukan sehari-hari hanya asbab kepada rezeki itu datang. Allah juga berkuasa memberikan rezeki daripada arah mana pun yang Dia mahu beri. Syaratnya kita berusaha semampu mungkin dan tidak menyerah.

Justeru, jika ragu-ragu tentang rezeki, carilah ilmu, bacalah kalamNya, bacalah hadis yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW tentang rezeki supaya keimanan dan keyakinan bertambah. InsyaAllah, rezeki untuk diri kita, pasangan dan anak-anak akan cukup sehingga kita semua meninggal dunia.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Sumber: tzkrh.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI