28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Tak sampai seminggu ‘join’, Ummi Nazeera umum keluar Muafakat Nasional

Baru-baru ini, beberapa nama besar dalam industri seni telah dimaklumkan menyertai satu badan bukan kerajaan (NGO) dibawah kendalian Tan Sri Annuar Musa yang menggelarkan pertubuhan tersebut sebagai Muafakat Nasional.

Antara yang menjadi sorotan media adalah penglibatan penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah dan aktres popular, Ummi Nazeera.

Walau bagaimanapun, Datuk Jamal telah memaklumkan pengunduran diri dari Muafakat Nasional semalam dan diikuti kenyataan Ummi pagi tadi.

Menerusi hantaran pelakon Rindu Kasih itu, dia menyatakan selepas mengambil kira kegusaran para peminat, dia mengambil keputusan menarik diri dan memilih untuk fokus dalam industri seni dan keluarga sahaja.

Screenshot 2022 12 18 at 3.37.58 PM

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada NGO terbabit yang sudi menerimanya sebagai ahli sebelum ini dan mendoakan agar pejuangan mereka terus dipermudah.

Terdahulu, suami kepada Ummi, Dr Izzar Anwari telah memuat naik berkenaan penglibatan isterinya dalam Muafakat Nasional.

Dia menjelaskan yang NGO terbabit tidak terlibat dengan politik dan jika ia merupakan satu parti bersifat politik, dia akan menjadi orang pertama yang menghalang isterinya untuk menyertai.

Screenshot 2022 12 18 at 3.35.48 PM

Selain dari Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 32, dua selebriti senior Tanah Air juga turut menyertai Muafakat Nasional iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Eizlan Yusof.

Namun begitu, Datuk Jamal telah memaklumkan pengunduran diri dari NGO terbabit kerana merasakan pertubuhan tersebut tidak sesuai dengan prinsip dirinya sebagai seorang penghibur.

 

Sumber: Instagram Ummi Nazeera, Dr Izzar

 


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI