31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Tak suka filem ada babak panas? Ikmal Amry pesan tak perlu tengok!

Filem terbaharu berjudul Pulau yang bakal ditayangkan pada bulan Mac nanti menerima pelbagai reaksi negatif di kalangan warganet setelah Pencetus Ummah (PU) mengkritik adegan panas yang terdapat dalam naskah berkenaan.

Pun begitu, salah seorang pelakon filem berkenaan, Ikmal Amry tampil bersuara dengan menasihati orang ramai tidak pergi menonton filem tersebut sekiranya tidak suka dengan adegan-adegan panas yang ‘dihidangkan’.

Katanya, tiada paksaan dikenakan kepada orang ramai untuk hadir menonton filem berkenaan di panggung wayang memandangkan ia melibatkan ‘wang’ seseorang.

“Tiada siapa paksa anda semua tonton. Siapa tak suka, tidak perlu tengok. Kena bayar kot,”jawabnya.

Dalam pada itu, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali menegaskan dia tidak terlibat dalam sebarang babak panas filem berkenaan memandangkan isterinya sedang sarat mengandung pada ketika itu.

“Ketika itu, isteri saya sedang sarat mengandung. Bila baca skrip, memang tidak ada babak panas. Saya sudah berkahwin, kalau boleh memang akan elakkan babak sebegitu. Kasihan isteri saya,”jelas Ikmal.

Snapinsta.app 1080 293680592 573686967748211 1025441956294460010 n

Sebaliknya, hanya membuka baju sahaja apabila diperlukan untuk menjayakan babak-babak tertentu.

“Tetapi, memang ada babak buka baju untuk berenang dan sebagainya. Itu sahaja. Saya buka baju hanya untuk babak yang memerlukan. Bukan hari-hari tayang badan. Tengok skrip dan keperluan.

Snapinsta.app 1080 325207515 876944170186085 4097682304670988534 n

“Saya tahu ada adegan panas, tetapi itu tiada kaitan dengan saya. Macam inilah, kalau tidak suka, tidak perlu tonton. Saya tidak galakkan,”katanya lagi.

Snapinsta.app 1080 324889924 1547866282363507 2400230229175143982 n

Snapinsta.app 1080 324713623 742773640228462 8728625081516933159 n

Sementara itu, aktor berusia 29 tahun itu meminta orang ramai agar tidak menghukumnya kerana dia tidak terlibat dengan adegan berkenaan.

Selain Ikmal, filem hebat itu juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Nam Ron dan Wan Hanafi Su. Ia mengisahkan percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri apabila berdepan kisah mistik menyeramkan dengan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam.

Sumber: Utusan Malaysia , Instagram @ikmalamry

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI