Merokok merupakan salah satu tabiat yang sukar untuk dibuang. Sebagai perokok tegar, mereka terlalu berharap kepada rokok, ketika tertekan dengan masalah dan kehidupan, rokok lah pilihan mereka untuk menenangkannya. Malah tidak kira di mana, segelintir dari mereka ini tetap merokok.
Sama ada di dalam rumah, di dalam Pasar Raya mahupun di kedai makan. Walhal larangan merokok di kedai makan sudah dikeluarkan oleh pihak berwajib namun ada segelintir dari masyarakat kita yang tetap berdegil.
Buang Habuk Rokok Dalam Pinggan, Pelanggan Ini Jadi Bualan Ramai
Malah lebih teruk lagi apabila ada dalam kalangan mereka yang membuang puntung dan habuk rokok ke tempat yang tidak sepatutnya.
Seperti mana yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok yang dikenali dengan nama Meeliyyaaa berkenaan dengan sikap pelanggan yang tidak bertanggungjawab kerana membuang habuk rokok dalam pinggan.
Tidak ditunjukkan muka pelanggan berkenaan, hanya berkongsi gambarΒ pinggan yang sudah ditinggalkan oleh pelanggan yang berisi dengan sisi makanan, tisu serta habuk rokok.
Malah Meeliyyaaa juga sempat meluahkan rasa kecewanya dan menulis di dalam video berkenaan β ada juga yang perangai giniβ.
Jika pelanggan berkenaan bertanggungjawab dan tahu akan peraturan di kedai makan, dia pastinya tidak merokok dan sewenang-wenangnya membuang habuk rokok ke dalam pinggan berkenaan. Hendak merokok, silakan namun jangan di dalam kedai makan.
Aku kalau nampak orang macam ni aku sumpah seranah..
Ekoran perbuatan pelanggan tersebut yang meletakkan habuk rokok ke dalam pinggan, pelanggan berkenaan telah menjadi bualan warga TikTok.
Rata-rata warga TikTok seakan-akan tidak berpuas hati dengan sikap pelanggan tersebut dan ada juga yang menulis di ruangan komen, βaku kalau nampak orang macam ni aku sumpah seranah dalam hati tapi in real life mampu senyum je yallβ.
Malah dalam masa yang sama, pemilik akaun TikTok JP turut berkongsi pengalaman berkenaan dengan pelanggannya yang tukar pampers anak dekat meja makan. Lebih teruk lagi, pelanggan tersebut biarkan pampers berkenaan dekat kerusi.
βAku pernah yaa dapat cust yang tukar pampers anak kat meja makan dah tu letak kat kerusi je pampers tuβ.
Menghisap rokok di tempat awam seperti kedai makan merupakan satu kesalahan. Malah pelanggan boleh didenda sekiranya disabitkan dengan kesalahan. Ini lagi kan pula, hisap rokok dalam kedai, kemudian tinggalkan puntung rokok dan buang habuk rokok ke dalam pinggan begitu sahaja.
Semoga pelanggan tersebut dan kita semua lebih berhati-hati selepas ini dan sedar akan perbuatan masing-masing. Ikuti lah segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib demi keselamatan dan kesihatan bersama.
Sumber: TikTok meeliyyaaa
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.