24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Taman Eko Rimba Sungai Pauh – Port Camping Tempat Sejuk Boleh Ditempah Dalam Talian

Bagi yang bercuti ke Cameron Highlands, Pahang dan ingin mencuba sesuatu yang baru — mungkin mereka akan menginap di dalam khemah di tapak perkhemahan di Taman Eko Rimba (TER) Sungai Pauh.

Menariknya pengalaman perkhemahan di sini sangat digemari oleh pengunjung memandangkan mereka berpeluang berkhemah dalam keadaan cuaca sejuk dan dingin dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 19 darjah celcius pada waktu siang manakala 15 darjah celcius pada waktu malam.

Taman Eko Rimba Sungai Pauh Port Camping Tempat Sejuk

Bagaimanapun disebabkan tapak perkhemahan TER Sungai Pauh hanya mampu menerima kehadiran pelancong yang bermalam seramai 100 pengunjung — permohonan aktiviti berkhemah di sini agak mencabar dan kini ia boleh dilakukan secara dalam talian menerusi emel [email protected].

Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands, Arifhadi Johari Affandi berkata pemohon hanya perlu mengemukakan nama, nombor telefon, bilangan peserta dan tarikh tempahan.

Taman Eko Rimba Sungai Pauh Port Camping Tempat Sejuk

Menurutnya, permohonan akan di proses dalam masa 3 hari bekerja dan status permohonan akan diberikan secara dalam talian kepada pemohon.

“Tempahan melalui dalam talian ini hanya sementara sebelum sistem tempahan aktiviti rekreasi dalam hutan simpan dilancarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang(JPNP) tidak lama lagi.

“Selepas sistem berkenaan dilancarkan tempahan tapak perkhemahan ini akan ditamatkan,” katanya.

1674630938 318 Taman Eko Rimba Sungai Pauh Port Camping Tempat Sejuk

Selain keadaan cuaca sejuk — deretan pokok pine yang banyak terdapat di TER Sungai Pauh juga menjadi antara tarikan kepada pelancong yang berminat merasai pengalaman camping di sini.

Pelbagai aktiviti boleh diadakan pengunjung yang datang secara individu dan berkumpulan.

1674630938 809 Taman Eko Rimba Sungai Pauh Port Camping Tempat Sejuk

Tapak perkhemahan ini lengkap dengan kemudahan tandas, surau, pondok, dataran dan sebagainya.

Bagi korang yang berminat untuk camping di TER Sungai Pauh dan mempunyai pertanyaan boleh menghubungi terus PHD Cameron Highlands di talian 05-4911384.

1674630938 721 Taman Eko Rimba Sungai Pauh Port Camping Tempat Sejuk

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI