26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka Anjur Pelbagai Aktiviti Tentang Serangga


Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka akan mengadakan pelbagai aktiviti selama sebulan bermula 3 Jun hingga 30 Jun ini, sempena sambutan Hari Serangga Sedunia, bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan serangga dalam alam sekitar.

Pengurusnya Qurratu Ain Rohaminordin berkata masyarakat lebih menumpukan usaha untuk menyelamatkan haiwan mamalia seperti harimau, gajah, orang utan dan sebagainya, namun ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan serangga dalam menjaga habitat bagi semua haiwan.

“Serangga mungkin nampak kecil dan berada dalam kumpulan pertama rantaian makanan, namun tanpa serangga, proses pendebungaan tidak akan berlaku dengan baik.

Gambar BernamaGambar Bernama

“Seperti lebah yang mendebungakan bunga untuk penyebaran benih, serangga lain seperti kumbang juga melakukan perkara sama namun lebih tertumpu kepada pokok-pokok hutan, justeru, tanpa kehadiran serangga boleh menyebabkan benih pokok-pokok hutan tidak dapat disebarkan ke tempat lain,” katanya pada sidang akhbar di taman berkenaan di Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata antara program yang akan dilaksanakan ialah Super Ninja, Venomous Creeper, Power of Rhinoceros dan Drama Hunter.

Selain itu, pihaknya juga bakal melepaskan 2,000 rama-rama yang dibiakkan di pusat tersebut sebagai sebahagian daripada aktiviti konservasi kepada masyarakat sepanjang sambutan berkenaan.

Hari Serangga Sedunia disambut pada 8 Jun setiap tahun.

Gambar BernamaGambar Bernama

Menurut Qurratu Ain antara serangga yang kini diancam kepupusan ialah kumbang badak bertanduk tiga, akibat aktiviti pembalakan dan dibunuh oleh peladang kelapa sawit kerana dianggap sebagai perosak.

“Jika dahulu, penyelidik boleh mendapatkan sejumlah 200 hingga 300 ekor kumbang jenis tersebut dalam tempoh satu hari jika berada dalam hutan, namun kini jumlah sama hanya boleh dikumpulkan untuk tempoh satu tahun,” katanya.

Beliau menambah kumbang berkenaan memerlukan habitat unik iaitu hanya boleh bertelur di batang pokok yang telah mereput selama 10 tahun untuk proses pembiakannya. – Bernama


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI