31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Taman Rekreasi Asfa – Taman Tema Air Patuh Syariah Di Terengganu


Ketika ini adalah musim cuti sekolah dan pasti ramai ibu bapa yang ingin membawa anak-anak dan keluarga beriadah dan menghabiskan masa terluang bersama-sama.

Jika anda mencari sebuah taman tema air yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga patuh syariah — anda boleh membawa mereka mandi-manda di TAMAN REKREASI ASFA yang terletak di Kemasik, Kemaman, Terengganu!

88166333 106646224279707 304425181701472256 n

Di taman tema ini, kolam lelaki dan wanita dewasa disediakan secara berasingan. Bahkan, terdapat juga kolam mandi bertutup disediakan untuk golongan wanita bagi mereka menjaga aurat.

Banyak juga papan tanda memuji Allah dipacak di sekitar taman tema ini. Memang sejuk mata memandang. 

Anak-anak pasti bertambah seronok bermain air di kolam mandi mereka apabila turut dilengkapi dengan 
gelongsor air mini. 

photo 2021 12 28 07 30 28 (3)

photo 2021 12 28 07 30 28 (4)

Selain itu, di taman tema air ini turut dibina 53 unit gazebo untuk disewa kepada pelanggan bagi kemudahan rehat mereka.

Jika di tempat lain biasanya makanan luar dilarang untuk dibawa masuk, namun berbeza dengan Taman Rekreasi Asfa ini apabila mereka membenarkan pengunjung membawa makanan sendiri dari luar.

84511814 108377010773295 8989659282613993472 n

89447618 115274343416895 2268924380870344704 n

Harga tiket masuk di sini juga agak murah dan berpatutan iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa berusia 3 tahun ke atas adalah RM15, kanak-kanak 3 tahun ke bawah percuma manakala warga emas berusia 60 tahun ke atas hanya RM10.

87984451 106639317613731 139437139761823744 n

TAMAN REKREASI ASFA

ALAMAT: T13, 24210 Kemasik, Kemaman, Terengganu (Bersebelahan Bukit Harimau Menangis)

NO TEL: 019-987 8671

FACEBOOK: Taman Rekreasi Asfa

WAKTU OPERASI: Isnin – Ahad (10 Pagi – 6 Petang); Jumaat (2 Petang-6.30 Petang); Rabu (TUTUP)





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI