25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Taman Tasik Metropolitan Kepong, Pelbagai Aktiviti Dari Jogging, Berkelah, Taman Kanak-Kanak, Memancing dll

Di Kuala Lumpur memang banyak taman riadah dan rekreasi. Seiring dengan saranan kerajaan untuk mengekalkan gaya hidup sihat bagi memastikan kesihatan mental, fizikal dan emosi terjaga. Apa lagi, di zaman endemik ini yang membawa pelbagai jenis penyakit. Tentu sekali, kita mahu menjaga diri dan keluarga, bukan?

Taman Metropolitan Kepong - Gambar Taman Dari AtasSumber: Sinlan Chong

Mari kami kongsikan sebuah lagi taman di Kuala Lumpur ini yang akan membantu anda sekeluarga sentiasa bersemangat untuk menjaga kesihatan sambil beriadah. Keseronokan menanti anda sekeluarga di Taman Metropolitan Kepong!

Taman Metropolitan Kepong - Laluan BasikalSumber: Le。樂Lokasi

Taman Metropolitan Kepong ini terletak di bahagian utara Kuala Lumpur, di sekitar daerah Gombak. Kalau anda nak tahu, Taman Metropolitan Kepong ini merupakan taman riadah terbesar di Kuala Lumpur.

Taman Tasik Metropolitan Kepong - Gambar Papan TandaSumber: dilajamaludin

Dengan keluasannya sebesar 218.8 ekar, taman ini cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan, aktiviti dan tarikan. Lokasinya yang tidak jauh dari tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur membuatkan ia menjadi tumpuan ramai pengunjung, terutama sekali pada hujung minggu.

Tarikan & Aktiviti

Dengan keluasan sebesar itu, tentunya Taman Metropolitan Kepong ini menyediakan dan menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti.

Taman Metropolitan Kepong - Gambar DroneSumber: KC Tan

Landskap indah yang termasuk sebuah tasik yang besar, membenarkan para pengunjung menikmati pemandangan dan persekitaran yang cukup istimewa. Mari kami kongsikan apa yang boleh anda lakukan di Taman Metropolitan Kepong ini.

Jogging & Berbasikal

Antara aktiviti utama di mana-mana taman, berjogging dan berbasikal adalah seperti aktiviti wajib. Di Taman Metropolitan Kepong ini, trek jogging dan berbasikal disediakan dengan cukup baik.

Taman Tasik Metropolitan Kepong - Laluan Jogging Dikelilingi Pook HijauSumber: al-faudzan abdul halim

Anda boleh berjogging atau berbasikal mengelilingi tasik yang besar di sini.  Bila bersenam dalam suasana tenang, kita akan rasa lebih seronok dan semangat, kan? Jadi bagi yang belum mencuba trek jogging dan berbasikal di sini, boleh la cuba.

Layang-layang

Buat pengetahuan anda, Taman Metropolitan Kepong ini juga dikenali sebagai taman layang-layang kerana aktiviti ini sangat popular di sini. Memang ramai yang datang untuk bermain layang-layang. Kalau dari jauh pun, boleh nampak layang-layang berwarna-warni berterbangan di langit.

Taman Tasik Metropolitan Kepong - Gerai GeraiSumber: Ririen Wisma

Memang ada satu kawasan lapang khas yang disediakan untuk bermain layang-layang. Malah, kalau anda tidak ada layang-layang pon tak mengapa, kerana terdapat penjual layang-layang di sini yang menyediakan layang-layang pelbagai jenis dan corak.

Berkelah

Berkelah adalah antara aktiviti kegemaran ramai apabila mengunjungi taman-taman. Jadi, jika anda ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan, jangan lupa untuk membawa bekalkan makanan dan tikar alas untuk dibentangkan berdekatan tasik. Tentu seronok dapat menikmati angin petang dan pemandangan yang cantik.

Menara Tinjau

Kepada anda yang rajin, bolehlah menaiki menara tinjau yang disediakan. Ada 3 menara tinjau di sini.

Taman Metropolitan Kepong - Gambar Jeti Dan Anjung TinjauSumber: Le。樂

Setiap satu menawarkan pemandangan kota Kuala Lumpur dari sudut berbeza. Namun, Ketiga-tiga tetap memberikan anda pemandangan 360°. Ramai yang naik ke sini untuk bergambar sebab latar belakang ya yang cantik.

Taman Permainan kanak-kanak

Taman Tasik Metropolitan Kepong - Taman PermainanSumber: thyme_lily

Bagi si kecil, tarikan paling utama tentunya taman permainan kanak-kanak. Di sini, terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak yang agak besar dan menyeronokkan buat kanak-kanak.

Trek kereta mainan RC

Ini adalah antara satu keunikan yang mereka tawarkan iaitu trek bermain kereta alat kawalan jauh atau Remote Control (RC) car. Di sini, trek ini merupakan satu-satunya trek kereta RC yang bertaraf antarabangsa. Bagi peminat mainan ini, tentu seronok untuk mencuba. Trek ini adalah di bawah jagaan DBKL dan diuruskan oleh KL International Radio Control Circuit (RCGKLIRCC).

KLRICC - Tempat Lumba Kereta ControlSumber: moktawari

Untuk menggunakan trek ini, kereta RC anda perlu mendapatkan stiker yang boleh didapati dari RCGKLIRCC. Tentu seronok dapat mencuba trek ala trek lumbaan antarabangsa ini. Pastikan anda mendapatkan maklumat lebih lanjut dari laman Facebook mereka.

Padang Bola Sepak

Di sini juga terdapat sebuah padang bola sepak yang disediakan untuk para pengunjung. Ramai yang datang, terutama sekali pada sebelah petang untuk bermain bola sepak. Jika anda mempunyai pasukan bola sepak sendiri, bolehlah datang ke sini untuk bermain bersama pasukan lain.

Memancing

Dah ada tasik yang besar, takkan tak memancing, kan? Si kaki joran bolehlah membawa peralatan memancing untuk memancing di tasik ini. Tenang dan bersahaja sambil menikmati angin dan pemandangan yang aman damai.

Sukan Air (Latihan)

Buat pengetahuan anda, anda juga boleh mendapatkan permohonan untuk melakukan latihan sukan air. Ini termasuk latihan kayak, scuba diving dan mendayung. Selalunya ia digunakan untuk pihak DBKL membuat latihan ketahanan dalam air, jadi anda boleh membuat permohonan izin dari pihak DBKL jika perlu menggunakan tasik ini sebagai pusat latihan anda.

Kemudahan & Fasiliti

Taman sebesar ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang akan memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Taman Metropolitan Kepong - Fasiliti Parking Yang DisediakanSumber: Zawawi Ahamad

Antara yang mereka sediakan di sini, termasuk:

  • Tandas awam
  • Wakaf & Gazebo
  • Surau
  • Gerai-gerai makanan
  • Jeti
  • Rumah Sampan (Boat house)
  • Bilik persalinan – di Rumah Sampan
  • Taman Permainan kanak-kanak
  • Padang bola sepak
  • Menara tinjau
  • Amphitheatre – kawasan untuk anjuran majlis
  • Tempat letak kereta – kawasan terbuka & tertutup (Bertingkat)

Taman Yang Menarik Di Kuala Lumpur:

Itu dia serba sedikit tentang Taman Metropolitan Kepong. Bersebelahan sahaja dengan Lebuhraya MRR2 dan dan sekitar Batu Caves, tentu tidak susah untuk anda sampai ke sini. Jangan lupa untuk bawa keluarga beriadah dan berseronok bersama hujung minggu nanti.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi

Alamat: 5, Jalan Rimbunan Melati, Kepong Metropolitan Lake Garden, 52100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6am-8pm (setiap hari)

Sumber: www.maisinggah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI