25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Taman Tema Air Terbesar Arab Saudi!


Kerajaan Arab Saudi mengumumkan pembinaan Taman Tema Air Qiddiya selaku taman tema air pertama dan terbesar di negara teluk itu.

Taman tema ini bakal dibina di Qiddiya iaitu daerah pelancongan, budaya dan sukan terbaharu di Arab Saudi yang terletak berhampiran ibu negaranya, Riyadh.

Falcon’s Beyond sebagai pemaju utama mendedahkan pelan taman tema Qiddiya ini dengan pelbagai tarikan permainan air yang belum pernah dibina sebelumnya di mana-mana.

Taman Tema Air Qiddiya dibina dengan tema taman tema air masa hadapan dan menampilkan 22 permainan dan tarikan air, termasuk sembilan yang pertama di dunia.

Ia juga bakal menjadi satu-satunya taman tema air di dunia yang menawarkan dua gabungan unik iaitu, zon kering dan zon basah.

Semua permainan dan kemudahan air yang bakal dibina di sini juga bakal mengikuti standard piawaian setaraf dengan fasiliti-fasiliti sukan air antarabangsa.

Foto 1 Taman Tema Air Qiddiya

Para pengunjung akan melalui sembilan zon yang direka secara inovatif dan menyeronokkan.

Antaranya, Entry Gate, Camel Rock, Dub Grotto, Wave Wadi, The Den, Viper Canyon, Arabian Peak, The Herding Grounds dan Surf Lagoon.

Kesembilan-sembilan zon ini mendapat ilham daripada sembilan jenis haiwan yang mendiami kawasan sekitar Qiddiya. Pengalaman di setiap zon mencerminkan sifat-sifat haiwan tersebut.

Sebagai contoh, Viper Canyon ialah berdasarkan sifat ular yang agresif, ia akan menampilkan permainan yang mendebarkan.

“Taman Tema Air Qiddiya bakal berbeza dengan taman tema air sedia ada yang lain. Persekitaran akan membawa pengunjung ke lokasi yang menakjubkan.

“Ia suasana yang membolehkan mereka benar-benar ‘melarikan’ diri,” ucap Cecil D. Magpuri, Ketua Pegawai Eksekutif Falcon’s Beyond.

“Kami berbesar hati untuk membawa bukan sahaja pengalaman projek masa lalu di Dubai, malah juga kehebatan teknologi masa kini untuk mencipta pengalaman hiburan yang terunggul.

Foto 2 Taman Tema Air Qiddiya

“Ini juga merupakan peluang yang menarik dan unik untuk kami mengambil bahagian dalam proses transformasi berterusan yang sedang berlaku di Arab Saudi.

“Ia menetapkan tanda aras baharu dalam industri taman tema air dan hiburan keluarga di rantau ini,” ujarnya.

Falcon’s Beyond juga telah merancang pelan induk Taman Tema Air Qiddiya ini dengan mematuhi peraturan kemampanan QIC.

Ini termasuklah teknologi yang menghubungkan struktur permainan tertentu, membolehkan pemindahan air yang komprehensif dan mengutamakan faktor kitar semula.

Terdapat juga teknologi bersepadu lain yang digunapakai bagi mengurangkan jumlah air yang digunakan. Misalnya, penggunaan air hujan yang dirawat.

Berkat teknologi juga, Taman Tema Air Qiddiya ini bakal menggunakan 75% kurang air berbanding taman tema air lain di dunia. –  Cendolpulut, 19 Mei 2022

Foto 3 Taman Tema Air Qiddiya

Gambar: Qiddiya Water Theme Park 


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI