24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Tandas tersumbat? Ramai rupanya belum tahu tangki septik perlu dikosongkan

Setiap kali tandas tersumbat, pasti ramai akan mengeluh dan mengadu. Ada yang akan marah apabila keadaan yang lebih buruk berlaku sehingga najis melimpah atau bau busuk najis yang boleh membuatkan penghuni rumah atau kawasan sekitar terganggu.

Namun, tahukah anda yang tangki septik individu di premis anda perlu diselenggara dan dikosongkan mengikut jadual yang ditetapkan?

Meskipun negara kian maju, namun sehingga kini masih ada di kalangan kita yang belum sedar betapa pentingnya penyelenggaraan tangki septik, yang hakikatnya akan secara langsung memberi kesan kepada persekitaran kita dan alam sekitar.

Bagi yang belum tahu, tangki septik adalah sebuah tangki mendapan dan juga salah satu jenis sistem pembetungan yang menakung air  kumbahan daripada aktiviti di rumah seperti air mandi, basuhan baju, tandas dan cucian pinggan mangkuk yang dialirkan masuk ke dalam tangki tersebut.

Jadi, jika tandas rumah kita ada masanya tersumbat, kita kena tanya apakah punca kepada masalah ini? Adakah sebagai pengguna kita telah jalankan tanggungjawab mengosongkan tangki septik kita?

Apa yang menyedihkan adalah apabila kita sendiri yang merasakan perkhidmatan pembetungan bukanlah sesuatu yang penting jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan utiliti lain.

Eh, salah tu! Sebenarnya ia juga penting kerana melibatkan keperluan harian kita. Bukankah setiap hari, manusia perlu ‘membuang’ dan tandaslah menjadi lokasi penting dalam rumah kita.

Ubahlah sikap atau persepsi yang merasakan sistem pembetungan tidak penting dan jadilah pengguna yang bertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada perkhidmatan pembetungan terutama bagi yang menggunakan sistem tangki septik ini.

WhatsApp Image 2022 12 06 at 9.08.40 AM

Oleh itu, kita haruslah memastikan sistem tangki septik individu di premis kita dikosongkan tepat pada waktunya iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali atau apabila ianya sudah penuh.

Kenapa perlu dikosongnya? Baiklah, sistem Tangki Septik Individu (IST) dan Tangki Septik Komunal (CST) atau tandas curah atau palong, sebenarnya adalah tempat simpanan air kumbahan bersifat sementara.

 

BLOCKAGE AT CHAMBER GROUND FLOOR AT APARTMENT INDOOR 1 1

Jika tidak dikosongkan, partikel yang masuk ke dalam tangki berkenaan akan bertambah dan akhirnya memenuhi ruang di dalam tangki sehingga menyukarkan ia dinyah enap cemar.

Apabila ia dibiarkan, inilah yang akan menyebabkan air kumbahan yang baharu akan terus mengalir keluar dari tangki sehingga mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar terutama bau kurang menyenangkan kepada penduduk sekitar.

Picture11

Suka diingatkan, kita haruslah melupuskan sisa kumbahan berkenaan dengan cara yang selamat supaya dapat mengelak daripada berlakunya penyebaran penyakit bawaan air kepada orang lain serta kehidupan sekeliling.

Oleh itu, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan syarikat pembetungan nasional Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd kerana IWK menjalankan pengurusan sisa kumbahan mengikut piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa.

WhatsApp Image 2022 12 06 at 9.08.44 AM 1

Tahukah anda bahawa setiap pengguna tangki septik perlu mengosongkan tangki septik mereka mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) yang telah diwartakan tahun lepas.

“Kerajaan telah mewartakan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) pada tahun lepas  bagi mewajibkan penyelenggaraan tangki septik secara berkala kepada semua pemilik atau pengguna tangki septik,”ujar IWK berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Alam Sekitar dan Air.

WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.25.31 PM 2

Mengikut peraturan berkenaan, ianya mewajibkan penyelenggaraan dan pengosongan tangki septik secara berkala kepada semua pemilik atau pengguna tangki septik.  Warta Kerajaan Persekutuan ini telah berkuatkuasa Mac 2021 dan menetapkan bahawa pemilik atau penghuni mestilah bertanggungjawab memastikan tangki septik diselenggara dengan baik.

Disebabkan itu, IWK telah dipertanggungjawab untuk menghantar notis penjadualan pengosongan tangki septik kepada kira-kira 1.3 juta pengguna tangki septik yang berada di Semenanjung Malaysia secara berperingkat mulai Julai 2021.

Bagi mereka yang telah mendapat notis berkenaan, adalah dinasihat untuk memberi maklum balas dan melakukan tindakan selanjutnya bagi memastikan pencemaran alam sentiasa terjaga.

Jika tidak, mereka akan disabitkan kesalahan di bawah subseksyen 65(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.

Jadi, tunggu apa lagi? Jomlah kosongkan tangki septik anda, baik bagi penghuni isi rumah atau premis di mana-mana sahaja. Jalankan tanggungjawab anda untuk pelihara alam sekitar daripada tercemar.

Sudah tiba masanya anda bertindak!

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan pengosongan tangki septik atau berkaitan dengan rawatan sisa kumbahan, anda boleh layari laman sesawang rasmi IWK (di sini) atau ikuti media sosial (Facebook, Twitter, Instagram, TikTok) mereka.

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI