25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Telur Goreng Kelapa Parut, Pelik Tapi Sedap Lemak Manis Rasanya!

Anda pernah dengar tak atau menikmati hidangan bernama telur goreng kelapa parut? Hidangan ini adalah pertama kali buat penulis, namun konsepnya lebih kurang sama dengan hidangan lempeng kelapa yang biasa penulis makan.

Tidak mustahil sekiranya anda pun tidak pernah tahu kerana tidak terkira banyaknya makanan yang wujud di dunia ini. Justeru itu, jika anda ingin mencubanya apa kata ikut resepi mudah di bawah yang dikongsikan oleh Puan Wan Shaz Hanis berdasarkan resepi emak mertuanya.

Balik rumah emak mertua, pertama kali makan telur goreng kelapa parut. Lepas itu ada bawang merah, ada bawang putih, ikan bilis.

Pelik sangat sebab memang tak pernah makan kelapa dicampur telur.

Selalu yang saya makan lepat pisang campur kelapa parut, lempeng kelapa. Tapi kali ni menu mak mertua.

RESEPI TELUR GORENG KELAPA PARUT!

BAHAN-BAHAN:

Bawang merah.Bawang putih.Ikan bilis.Lada (kalau nak pedas).*tumbuk bahan-bahan di atas tapi jangan terlalu lumat atau hancur.TelurKelapa parut muda.Garam & ajinomotoSerbuk kunyit

Telur Goreng Kelapa Parut, Pelik Tapi Sedap Lemak Manis Rasanya!

CARA-CARANYA:

1. Ditumbuk kesemuanya jangan terlalu lumat atau hancur sebabnya nak bagi rasa rasa bawang, ikan, bilis dan lada.

2. Apabila kesemuanya sudah ditumbuk, pecahkan telur dan godak-godak telur.

3. Masukkan kesemua yang telah ditumbuk dan masukkan garam, ajinomoto dan kunyit sikit.

Telur Goreng Kelapa Parut, Pelik Tapi Sedap Lemak Manis Rasanya!

4. Selepas itu gaul kesemuanya termasuk kelapa parut muda sehingga rata.

5. Panaskan minyak masukkan ke kuali, masak dengan api yang sangat perlahan.

Masak sehingga rata sehingga keluar bau kelapa. Sangat-sangat SEDAPPP!

Telur Goreng Kelapa Parut, Pelik Tapi Sedap Lemak Manis Rasanya!

TERIMA KASIH EMAK MERTUA

Sumber: Facebook Wan Shaz Hanis 

Sumber: www.keluarga.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI