27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

“Tenanglah disana, saya sayang awak” -Kekasih Syazlin Zainal hiba di tanah perkuburan

Pemergian pelakon dan juga influencer, Syazlin Zainal sememangnya ditangisi oleh rakan artis dan juga para peminat yang mengenali gadis tersebut.

Menerusi laporan dari pihak berkuasa, Syazlin telah meninggal dunia berpunca daripada terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru.

Kira-kira jam 10 malam 11 November 2022, jenazah allahyarham Syazlin telah selamat di kebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 di Ampang.

Ketika di tanah perkuburan, teman lelaki kepada selebriti itu turut kelihatan dan dilihat hiba berada di samping pusara insan yang dicintainya.

Menerusi Insta Story jejaka dikenali sebagai Shaf Poblo, dia telah meluahkan isi hatinya dan mengakui reda dengan ketentuan Allah walaupun berat untuk dilalui.

“Terima kasih untuk segalanya sayang. Saya tidak akan lupa semua kenangan manis, suka dan duka kita bersama.

“Allah pinjamkan awak bersama saya betul-betul sekejap. Saya perlu terima setiap yang hidup mesti akan berasa mati dan perkara yang paling hampir dengan kita adalah kematian serta benda yang paling jauh dengan kita adalah hari semalam (kelmarin).
“Siapalah saya untuk menolak qada dan qadar. Walaupun berat saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” tulisnya.

IMG 6383

Shaf yang dilihat sebak dan ditenangkan sewaktu di tanah perkuburan juga sempat mendoakan agar roh allahyarham Syazlin ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan jujur akan terus merindui wanita itu.

“Semangat dan impian sayang akan saya bawa bersama sampai tiba masa saya bersama dengan awak di sana kelak.
“Allah lebih sayangkan awak. Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tenanglah disana sayang, kekasihmu ini akan selalu merinduimu . Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal,” tulisnya lagi.

Screenshot 2022 11 12 at 11

Untuk rekod, Syazlin yang juga anak perempuan tunggal dalam keluarga pernah membintangi beberapa drama antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Sumber: Instagram Shaf Pablo

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI