25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Tengah Sedap Makan Nasi Lemak, Wanita Ini Terkejut Dapat ‘Lauk’ Tambahan Lipas Sebesar Ibu Jari!

Bila perut sudah lapar, maka kita kurang peka dengan apa yang dimakan, jadi tidak terkejutlah jika ada lipas sekalipun dalam nasi yang sedang dijamah.

Peniaga seharusnya berwaspada dengan kebersihan kedai agar binatang perosak ini tidak senang berada di persekitaran tempat anda menjual.

Seorang wanita menerusi Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Harini Official’, menunjukkan gambar dua ekor lipas dalam bungkusan nasi yang dibelinya.

Tengah Sedap Makan Nasi Lemak Wanita Ini Terkejut Dapat ‘Lauk

Syazwani Saharim hanya menyedari kehadiran lipas yang sudah mati ketika makan bungkusan nasi kedua.

“Seusai habis bungkusan pertama, aku buka yang kedua, tengah selak (kais) nampak ada lipas, selak lagi rupanya ada dua ekoq (ekor). Keluar habis urat, perut, pedal.

“Tolonglah peniaga-peniaga sekalian alam, jaga kebersihan anda. Andai ada lipas tu, buang terus dekat rumah, jangan jual dekat kami,” ujarnya.

1678097882 278 Tengah Sedap Makan Nasi Lemak Wanita Ini Terkejut Dapat ‘Lauk

Seorang pengguna Facebook, Ejat Tarlan berkongsi bagaimana dia fobia selepas termakan kaki lipas dalam sambal ikan bilis.

“Saya pernah terkena juga, tergigit kaki lipas dalam sambal ikan bilis. Sampai sekarang fobia nak makan sambal ikan bilis.

“Lagi-lagi ikan bilis yang ada tulang tu. Rangup-rangup kunyah rupanya kaki lipas,” katanya.

1678097882 902 Tengah Sedap Makan Nasi Lemak Wanita Ini Terkejut Dapat ‘Lauk

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI