24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Tengok Trailer Pun Dah Rasa Berdosa, Macam Mana LPF Boleh Lepas” – Ramai Pertikai Filem Pulau Tayang Mac Depan

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat industri perfileman Malaysia semakin berkembang dengan mencuba beberapa genre berbeza, sekaligus menghasilkan plot cerita yang unik dalam usaha menarik perhatian penonton.

Bukan itu sahaja, malah industri animasi negara juga turut menunjukkan peningkatan dengan kutipan tayangan yang sangat memberangsangkan.

Di sebalik cubaan serta usaha untuk menghasilkan filem yang unik, tular baru-baru ini apabila sebuah filem tempatan bertajuk “Pulau” mengeluarkan trailer rasmi mereka yang menyaksikan lakonan pelakon-pelakon seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Namron, Ms Puiyi, Mark O Dea dan Vikar.

Tengok Trailer Pun Dah Rasa Berdosa Macam Mana LPF Boleh

Mengisahkan mengenai kumpulan lelaki dan wanita ini yang ke sebuah pulau sebelum bertemu dengan makhluk ‘seram’ — trailer filem Pulau telah mendapat kritikan dan reaksi yang pelbagai daripada para netizen selepas didapati terdapat unsur soft porn dalam filem ini.

Tidak hanya memaparkan lelaki tidak berbaju serta wanita berbikini, kehadiran model dan Influencer, Ms Puiyi yang melakonkan aksi menghairahkan dilihat sebagai babak yang tidak sesuai untuk filem tempatan. 

Tengok Trailer Pun Dah Rasa Berdosa Macam Mana LPF Boleh

Menerusi respon netizen, orang ramai tertanya-tanya bagaimana filem ini mampu melepasi tapisan Lapisan Penapis Filem (LPF) selepas memaparkan babak yang didakwa tidak bersesuaian.

Korang LPF, @FinasMy buat apa? Seriuslah lepaskan movie macam ini? Pelakon pon ambil pakai pornstar? Korang gila ke apa?

— Fantasy Destroyer (@deathslixer) January 15, 2023

so finas approve movies with soft porn now but not movies that involves about criticism of politics?? from the trailer itself, this movie is just a carbon copy of those typical whyte western horror movies like seriously nothing special at all

— Shiro (@__pnthrb) January 15, 2023

Dah la poster plagiat !Cerita Lucah ! Lelaki perempuan separa bogel 🤦🏻Dgr cerita ade pelakon pornstar dlm tu ???@fahmi_fadzil be responsible ! Macamane boleh lepas movie x bermoral ni kat Malaysia ?!? pic.twitter.com/MeeAHxpubQ

— Amru (@amrufateh) January 17, 2023

Tidak kurang juga yang membandingkan filem ini dengan filem yang pernah dihalang sebelum ini kerana didakwa menyentuh isu politik negara.

Sebelum ini, filem ini turut mendapat kritikan selepas mengeluarkan poster terawal mereka yang dilihat sangat mirip dengan filem Hollywood iaitu ‘Fantasy Island’.

Untuk rekod — filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

1674036453 609 Tengok Trailer Pun Dah Rasa Berdosa Macam Mana LPF Boleh


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI