29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Tentera laut AS Sekat 24 Video Penampakan UFO Daripada Disiarkan Kepada Umum, Bimbang ‘Keselamatan Negara’

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) didakwa menyekat pelepasan sebilangan klip video memaparkan kemunculan objek terbang tidak dikenali (UFO) kerana dianggap ‘memudaratkan keselamatan negara’, lapor akhbar Daily Star pada 11 September 2022.

Ketua-ketua tentera dikatakan memegang sekurang-kurangnya 24 video UFO yang tidak dapat dijelaskan yang belum pernah dilihat oleh orang ramai sebelum ini. Ia berkaitan dengan 19 penampakan berasingan pada separuh kedua tahun 2019.

Sebuah laman web yang menumpukan penyiasatan UFO membuat permintaan untuk menyiarkan video itu kepada orang awam.

“Pengeluaran maklumat ini akan membahayakan keselamatan negara kerana mungkin membekalkan maklumat berharga mengenai operasi Jabatan Pertahanan, Tentera Laut kepada musuh mengenai kelemahan dan keupayaan.

“Tiada bahagian video yang boleh diasingkan untuk dikeluarkan,” kata timbalan pengarah Akta Kebebasan Maklumat Tentera Laut, Gregory Cason.

Menurut Cason, pihaknya telah menyahklasifikasikan tiga video yang memaparkan pertemuan antara juruterbang dan Tentera Laut Top Gun, serta fenomena udara yang tidak dapat dikenal pasti yang didedahkan kepada orang awam dua tahun lalu.

Beliau berkata, ketua-ketua tentera menganggap tindakan itu tidak boleh dilakukan ‘tanpa merisikokan keselamatan negara’. Bagaimanapun, ketua laman web The Black Vault merancang untuk membuat rayuan mengenai video tersebut.

Perbalahan itu berlaku ketika Kerajaan AS menyiasat 144 laporan pertembungan antara juruterbang tentera dan objek terbang misteri.

Marik von Rennenkampff, bekas penganalisis dengan Biro Keselamatan Antarabangsa dan Nonproliferasi Jabatan Negara AS, berkata video itu harus dikeluarkan.

“Pentagon mempunyai sekurang-kurangnya dua dozen, dan mungkin lebih banyak lagi video UFO dalam simpanan. Walaupun ada komitmen awam terhadap  ketelusan pegawai, namun mereka enggan mengeluarkan sebarang rakaman itu.

“Penyiaran awam video UFO tidak sensitif boleh menyelesaikan beberapa kes dengan cepat. Pentagon mesti mematuhi komitmen tegasnya terhadap ketelusan dan mengeluarkan semua rakaman UFO itu,” katanya kepada laman web politik The Hill. – Sumber Daily Star.

IMG 20220913 013212Sebanyak 24 video penampakan UFO yang disembunyikan daripada orang awam. – Foto Getty Images.

Sumber: www.infomalaysiatrending.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI