26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Terharu Sangat” – Pelanggan Hadiahkan Kek Kepada Pelayan Mamak Sebagai Hadiah Perpisahan

Antara perkara unik atau sudah menjadi norma di Malaysia, sudah tentunya melepak di kedai mamak! Kedai mamak sering menjadi pilihan kita kerana kebanyakannya beroperasi selama 24 jam sehari. Selain itu, kedai mamak juga menjadi pilihan untuk keluarga atau pun dah jadi ‘port’ untuk layan perlawanan bola sepak!

Bila dah sering berkunjung di suatu kedai mamak, kita pasti sudah mengenali ‘anney’ yang berkerja di situ. Sampai satu tahap baru duduk je air terus sampai. Viral di TikTok, video yang dimuat naik oleh @nasikerabu77 di mana keluarganya memberi satu hadiah perpisahan kepada salah seorang pelayan mamak kegemaran mereka.

@nasikerabu77

Pardon my sister’s aggresive clapping while recording but our fav waiter at our fav mamak is going back to his hometown soon 🥹 happy belated bday sankar 🫶🏼

♬ Married Life (From “Up”) – Sergy el Som

Pelayan mamak tersebut bernama Sankar, jelas terharu dan gembira apabila menerima sebuah kek sebagai tanda perpisahannya kerana dia akan pulang ke kampung. Layanan keluarga tersebut terhadap Sankar jelas memuat netizen tersentuh. 

Tindakan keluarga tersebut wajar dijadikan contoh buat kita semua. Sentiasalah berbuat baik terhadap semua orang tanpa mengira warna kulit mahupun agama kerana sifat sebeginilah yang menjadikan kita ‘Malaysia’.

Sumber dan Kredit: @nasikerabu77 (TikTok)

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI