25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Terima Kasih Kedua-Dua Isteri Yang Ku Sayangi” – Ramai Minta Tips Bini 2 Daripada Ashraf Muslim

Beruntung pelakon, Ashraf Muslim yang berjaya mengahrungi kehidupan berpoligami secara aman dan bahagia!

Terbaharu selepas mengalami kecederaan di bahu kiri akibat ditendang dan disadung oleh kuda miliknya –Ashraf Muslim menzahirkan kata-kata penghargaan buat kedua-dua isterinya yang sentiasa membantunya dalam kehidupan.

Penghargaan itu didedikasikan beliau dalam kemas kini di akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto mereka bertiga.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikut Instagram Ashraf yang memberi pelbagai reaksi.

Rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka tidak kurang juga yang meminta tip menjadi suami beristeri dua.

“Terus bahagia hingga ke jannah,” kata salah seorang warga maya

“Indah bahagia harmoni, tunjuk ajar ku sifu,” pinta salah seorang pengikutnya.

“Suka tengok family Ashraf moga jadi contoh yang lain,” puji salah seorang netizen.

Terima Kasih Kedua Dua Isteri Yang Ku Sayangi Ramai Minta

Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana isu belum dikurniakan zuriat selama dua tahun perkahwinan.

Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.

Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula — mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

1671089574 738 Terima Kasih Kedua Dua Isteri Yang Ku Sayangi Ramai Minta

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI