25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Teringin Nak Makan Pani Puri? Jom Follow Resepinya Di Sini. Mudah Dan Sedap Sangat. Makan Satu Confirm Tak Cukup!


 

Bahan untuk aloo stuffing (Kentang) :
  • 5 biji ubi kentang (rebus sampai lembut & lenyekkan)**
  • 1sb serbuk cili**
  • 1sb pani puri masala**
  • Garam secukup rasa**
  • Lada hitam (Optional)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  • 2-3 batang cili padi (dipotong halus)

Teringin Nak Makan Pani Puri Jom Follow Resepinya Di Sini

CARA PENYEDIAAN PANI PURI : 
Cara penyediaan puri : 

▶️ Gaulkan semua bahan untuk puri sampai sebati. Kemudian, jadikan lubang kat tengah mangkuk.

▶️ ½ cwn air panas, masukkan sikit-sikit  and uli sampai jadi doh. Uli dalam 5 minit lepas tu tutup dengan tuala lembab, perap dalam 20 minit. Kemudian uli lagi dalam 2-3 minit. Doh akan jadi lembut.

▶️ Bahagikan doh jadi 2 bahagian. Canai nipis, tekapkan dengan acuan bulat size kecik. Jangan besar sangat tau, nanti tak boleh nganga mulut nak masukkan puri tu.

▶️ Dah habis canai, bolehlah goreng. Guna api sederhana je. Masukkan satu dulu, bila kembung baru masukkan satu lagi. Begitulah seterusnya sampai habis.

▶️ Tapi, kalau nak cepat, pakai puri chips/papad. Teksturenya juga crispy. Terus goreng je dah siap! Beli je kat Shopee nanti.

 

Cara penyediaan mint pani:

▶️ Blend semua bahan bertanda ** sampai halus. Kemudian, tapis.

▶️ Lepas tu tambahkan 2 cawan air dan 1 sudu besar serbuk pani puri masala (beli kat shopee)

▶️ Kemudian, perasakan dengan garam secukup rasa.

▶️ Masukkan pula lada hitam dan sedikit perahan lemon.

▶️ Adjust rasa secukupnya. Kalau rasa bancuhan agak strong, tambah air and adjust rasa masala & garam. Kena cair-cair je but secukup rasa. Masam, masin dan pedas. Siap!

 

Cara penyediaan tamarind pani :

▶️ Rebus semua bahan bertanda ** sampai kurma lembik.

▶️ Kemudian, blend sampai jadi puree .

▶️ Tapis untuk dapatkan smooth puree. Kalau terlalu pekat tambah air sikit.

▶️ Tambahkan 1sk pani puri masala, ½sk serbuk cili dan garam secukup rasa.

▶️ Kacau sebati, texture dia likat macam puree.

▶️ Dapatkan rasa seimbang masam, manis, masin dan pedas hujung-hujung. Siap!

 

Cara penyediaan aloo stuffing (Kentang):

▶️ Mix semua bahan bertanda ** diatas. Adjust bagi rasa seimbang.

▶️ Boleh tambah lada hitam sikit kalau suka pedas-pedas.

▶️ Masukkan bawang besardaun ketumbar dan cili padi yang dipotong halus. Siap!

1653992583 601 Teringin Nak Makan Pani Puri Jom Follow Resepinya Di Sini

Cara makan pani puri :
▶️ Pecahkan bahagian atas puri dengan ibu jari, bagi jadi lubang. Masukkan aloo stuffing, bawang, daun ketumbar dan cili.
1653992585 139 Teringin Nak Makan Pani Puri Jom Follow Resepinya Di Sini
▶️ Tuangkan sedikit tamarind pani and selebihnya mint pani. Terus masuk mulut sebiji tu. yummm!

 

BACA JUGA : Resepi Brownies Kedut Yang Sangat Sedap. Rangup Di Atasnya Dan Rasa Chewy Tekstur Browniesnya!

 

Dah siap untuk dihidang! Sedap rupanya pani puri ni. Korang yang belum pernah cuba hidangan dari India ni korang memang kena cuba. Biasa sangat dah makan kari, kita cuba makanan yang selalu masuk kat drama tamil tu pula. Fuh! Sedap weh. Korang yang suka mencuba makanan baru, tak rugi buat pani puri ni.

1653992586 654 Teringin Nak Makan Pani Puri Jom Follow Resepinya Di Sini

Hasil perkongsian Cik Puan Liza Sharif di Facebook. Ramai yang suka dengan resepi ni. Sampaikan resepi ni dah viral dan dapat 4.2k share. Ada juga yang beli puri chips/papad kat Shopee semata-mata nak makan buat keropok. Sedap tau! Tak sedar habis sebalang kalau dah goreng nanti. 

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Liza Sharif kerana sudi berkongsi resepi pani puri yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!


Sumber: kongsiresepi.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI