26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Terkena sihir? Kerap jatuh sakit, Shila Amzah rasa ada ‘benda’ ganggu

Penyanyi Shila Amzah mengulas dakwaan dirinya terkena buatan orang oleh kerana kerap jatuh sakit selepas berakhir program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).

Menurut laporan Kosmo! Online, penyanyi berusia 32 tahun itu kini mengambil keputusan untuk jarang keluar rumah bagi mengelak terkena perkara tidak diingini.

“Bila kita dalam bidang ini (seni), macam-macam benda boleh kena.
“Saya cuba untuk tidak selalu keluar rumah atau berjumpa dengan orang sangat. Kalau keluar pun, atas urusan kerja atau bersukan bersama orang-orang yang saya percaya.
“Sekarang ini, saya sedang dalam proses untuk mendapatkan balik kesembuhan itu. Insya-Allah,”katanya.

Shila berkata, dia ada melakukan ikhtiar bagi rawatan moden dan tradisional tetapi tidak mengalami sebarang perubahan walaupun sudah berjumpa dengan doktor.

“Benda tersebut (sihir) memang disebut dalam al-Quran dan ‘hidup’ di sekeliling kita. Jadi, untuk saya bukanlah satu benda yang luar biasa sangat.
“Cuma, saya sendiri tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Bila ‘terkena’, sudah tentu kita kena kuat semangat.
“Kena kumpul balik kekuatan untuk bekerja sebab benda begini macam gangguan contohnya membuatkan kita malas, ‘spacing’ dan kadang-kadang saya termenung entah kenapa.
“Nak cakap sesuatu tiba-tiba terlupa. Ada masa saya tak nak keluar rumah dan lebih suka menyendiri. Itu semua memang bukan saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai kesihatan mentalnya, penyanyi lagu Memori Tercipta itu bersyukur kemurungan dihadapi sebelum ini semakin baik dengan bantuan beberapa pihak.

Tambahnya, dia enggan bergantung kepada ubat-ubatan sebaliknya mengamalkan cara semula jadi seperti melakukan teknik pernafasan.

“Anxiety selalunya berlaku pada waktu malam. Antara dua sama ada terlalu tiada orang ataupun terlalu ramai orang. Masalah tersebut akan datang dalam keadaan yang tidak dijangka.
“Sekarang memang mengalami banyak masalah untuk tidur malam terutama selepas saya sakit waktu GV. Jadi sekarang…
“…saya cuba nak kembali pada landasan walaupun kadang-kadang badan sakit tak tentu masa,” kongsinya lagi.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa) , Instagram Shila Amzah



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI