26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Teruk Betul Kedai Ni…” Lelaki Terkilan Temui Banyak Ulat Dalam Makanan Yang Dipesan Melalui Food Delivery

Cukup merisaukan apabila kebersihan makanan yang dijual hanya dipandang sebelah mata oleh segelintir peniaga. Tidak kisah makanan yang dijual dikerumuni lalat atau pun tidak disediakan dengan baik, asalkan mereka mendapat pulangan.

Lihat sahaja hari ini, banyak kisah yang dikongsikan oleh para pembeli dan pelanggan yang membeli makanan lalu mendapati makanan yang dibeli terdapat ulat atau pun telur lalat.

“Lain Macam Free Gift Dia..” Lelaki Terkilan Temui Banyak Ulat Dalam Makanan Yang Dipesan Melalui Food Delivery

Hal tersebut juga berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Hafiz Hashim menerusi aplikasi TikTok, apabila dia berasa terkilan apabila dia mendapati makanan yang dibeli melalui food delivery itu terdapat ulat yang masih bergerak di dalam makanan tersebut.

plastik makanan

Bukan seekor malah berekor-ekor ulat yang kelihatan di dalam makanan tersebut. Walhal makanan tersebut terikat elok namun ulatnya masih kelihatan bergerak-gerak. Mungkin sedang bergerak mencari ruang udara untuk bernafas atau pun keluar.

plastik makanan 1

Cuba korang bayangkan, jika korang berada di situasi lelaki ini. Perut sedang berkeroncong dek kerana kelaparan namun apabila makanan sampai, kelihatan banyak ulat sedemikian rupa. Pastinya berasa kecewa dan hendak marah kan?

plastik makanan 2

Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan jelas, apakah makanan yang dibeli dan apakah nama kedai tersebut. Hafiz cuma menulis di ruangan caption, “Ni lah bahaya order delivery food, nak kena saman kedai ni. Haihhh.”

@hafizhashimofficialNi lah bahaya order delivery food..nak kena saman kedai ni.. Haihhhh🙄♬ original sound – HAFIZ HASHIMYa Allah, banyak nya ulat..

Menjengah seketika ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh para penonton. Ada yang berasa terkejut dan geli apabila melihat banyak ulat yang bergerak di dalam plastik makanan tersebut.

Malah ada juga yang turut menyatakan, ulat tersebut mungkin dari telur lalat dan makanan tersebut terdedah sebelumnya. “Ya Allah banyaknya ulat. Rasa dari telur lalat ni. Makanan terdedah”, tulis Noraziwani Abdul Azi di ruangan komen.

Menurut pemilik akaun TikTok RFTV-92 pula, katanya lain macam hadiah percuma yang diberikan oleh tuan kedai. “Lain macam free gift dia bagi”.

Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi cerita melalui pengalaman yang hampir sama apabila suaminya memesan sate di Foodpanda.

“Suami order sate, nak hidang bau hanyir. Sejuk je, bila check betul betul ada telur lalat. Pastu nasi himpit, bawang n timun yang baki orang. Complaint kat FP” – Suzie Foo

makanan

Melihat kepada ulat tersebut di dalam makanan, mungkin makanan tersebut terdedah sebelumnya dan dihurungi lalat. Tidak perasan akan telur lalat pada makanan, pihak kedai kemudian terus membungkus makanan tersebut dan akhirnya itulah yang terjadi.

Isu telur lalat atau pun ulat pada makanan ini bukanlah isu yang biasa dan perlu diambil mudah. Walaupun hanya sekadar seekor ulat, namun ia boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk dan keracunan makanan tersebut mungkin juga boleh membawa maut.

Jadi buat peniaga di luar sana, mohon lebih berhati-hati dalam soal penyediaan dan penjualan makanan kepada pelanggan.

Kredit: TikTok HAFIZ HASHIM

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI