25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Teruk betul perangai” – Wanita Ini Kecewa Pelanggan Selamba Merokok Di Kedai Makan, Patut Ada Simpati Pada Anak-Anak Kecil

Kegiatan merokok di kedai makan masih lagi berleluasa meskipun pelbagai tindakan yang telah diusahakan oleh pihak berkuasa untuk menghentikannya. Walaupun banyak peringatan telah dikeluarkan, segelintir individu tidak segan silu untuk merokok di kawasan awam.

Tindakan merokok bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan perokok, tapi mereka juga yang berada berdekatan. Sebelum berbuat begitu, seharusnya perokok juga perlu mempertimbangkan mereka sekeliling, terutamanya anak-anak kecil.

Individu Selamba Merokok Di Kedai Makan Walaupun..

Di laman TikTok, seorang pengguna, yan_ummi.awa, memuat naik sebuah video dan meluah rasa kecewanya dengan seorang individu yang selamba merokok di kedai makan walaupun gerai tersebut mempunyai anak-anak kecil.

Menurutnya, dia sedar bahawa mungkin salahnya juga kerana membawa anak-anak makan di gerai makan yang tidak mempunyai tanda larangan merokok, namun individu itu seharusnya mempunyai kesedaran untuk tidak berbuat begitu apabila berada di tempat awam.

@yan_ummi.awa #ad roti canai sarang burung batu 9 sedap. #commonsense #nosmoking ♬ original sound – Razif Rayyan

Warganet Kongsi Pengalaman Yang Sama

Menjengah di ruangan komen, perkara itu undang rasa marah dari segelintir warganet. Malah, perkara itu turut pernah terjadi pada mereka. Seharusnya perokok mempunyai common sense dan tidak berbuat begitu.

MEROKOK DI KEDAI MAKAN KLain Kali Tegur

Malah, mereka turut menasihati wanita itu untuk menegur jika bertemu dengan perokok yang tidak bertimbang rasa. Jika masih merokok di kawasan awam lebih-lebih lagi jika anak kecil bersama, seeloknya nasihati perokok untuk berhenti merokok.

MEROKOK-DI-KEDAI-MAKAN-K1

Tabiat merokok ini tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan, seharusnya perokok bertimbang rasa dan lebih peka dengan keselesaan orang lain. Jangan kerana tabiat anda, orang lain pula yang terkesan.

Kredit: TikTok yan_ummi.awa

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI