25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

The Kasturi Resort, Cherating Tawar Percutian Depan Pantai Lengkap Dengan Kolam Renang Peribadi


Anda mencari sebuah resort romantik untuk percutian bulan madu atau lokasi peranginan untuk melepaskan tekanan?

The Kasturi Resort di Cherating, Pahang merupakan tempat yang paling tepat!

281798931 1110460476169157 284714176040133886 n

280596451 1110460336169171 1123262550326566157 n

Resort peranginan butik mewah di Cherating ini terdiri daripada vila kolam renang persendirian serta suite yang akan menjadi tempat percutian peribadi yang anda impikan.

Terletak di pantai Cherating, slogan resort yang unik ini ‘dirangkul oleh darat dan laut’, dan itulah yang anda akan perolehi ketika menginap di sini.

280746941 1110460319502506 5835555044751778911 n

280715240 1110460419502496 6367113542189182426 n

Dengan resort yang terletak di antara pantai serta bukit pasir yang dipenuhi pepohonan dan kehijauan, anda akan dikelilingi alam semulajadi yang tenang dan jauh dari orang ramai semasa bercuti di The Kasturi Resort ini.

Resort ini menawarkan keseluruhan sebanyak 23 bilik eksklusif untuk para tetamunya.

281378204 1110460239502514 5602286162395342364 n

280603069 1110460209502517 4637099945492649669 n

Sama ada anda pasangan yang mencari percutian romantik atau rakan yang merancang percutian berkumpulan — The Kasturi Resort membantu anda kerana vila dan penginapan lain mereka boleh menampung antara 2 hingga 6 orang, bergantung pada jenis bilik yang anda pilih.

281261380 1110460286169176 6830749647654639287 n

281497566 1110460536169151 1876618807759151128 n

280753553 1110460452835826 6789523329572476054 n

Bagi mereka yang memilih vila, setiap penginapan direka dengan dekorasi indah serta dilengkapi kolam renang peribadinya sendiri, malah lebih menarik vila ini juga mempunyai pintu masuk terus ke pantai.

Selain vila, terdapat juga Penthouse Atas Bumbung serta Suite Pemandangan Laut (lebih murah!) dan Studio Sudut yang terletak di bangunan utama.

280651838 1110460316169173 8526205074060290789 n

280667584 1110460199502518 6076747999377411140 n

Selain menerokai kawasan peranginan yang indah, berjalan-jalan di tepi pantai atau berkayak di Sungai Pak Siak, pastikan anda juga mengunjungi Pusat Penetasan Penyu Rimbun Dahan berdekatan!

Pusat pemuliharaan ini membeli telur penyu yang dijual secara tempatan, memastikan ia disimpan sehingga telur menetas dan anak penyu dilepaskan.

Selepas penat berjalan-jalan dan perut terasa lapar, anda juga boleh menjamu selera di restoran mereka yang diberi nama Restoran Kenyang.

281356039 1110460389502499 939924376904038146 n

281241482 1110460669502471 4579405616018376755 n

The Kasturi kini menawarkan beberapa pakej promosi berbeza yang memenuhi keperluan pasangan, berbulan madu dan lain-lain.

Kadar sewa bilik mereka bermula pada RM590 untuk Studio Corner, RM800 untuk suite Ocean View dan RM1,450 untuk vila.

Segala maklumat terkini anda boleh semak di laman web The Kasturi Resort atau hubungi mereka di talian 09-582 5000.

281228809 1110460559502482 6264585673623281869 n281168538 1110460619502476 3609613430374822235 n





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI