Kalau korang perasan la kan, kebelakangan ni trending satu kaedah kosmetik yang tanam benang ke dalam kulit (thread lift) untuk menegangkan, mencerahkan dan meremajakan kulit dalam mencantikkan diri?
Dengar macam satu proses yang simple dan tak memudaratkan. Namun, apa hukumnya dalam Islam?
Kaedah tanam benang atau thread lift dengan menggunakan benang yang dimasukkan ke dalam kulit bertujuan untuk menegangkan, mencerahkan dan meremajakan kulit hukumnya adalah haram, kerana termasuk dalam kategori mungubah ciptaan Allah SWT s.w.t.
Ini berdasarkan riwayat hadis dari Abdullah bin Masud, sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu kening (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah SWT. (Riwayat al- Bukhari).
Berdasarkan kepada hadith di atas majoriti fuqaha berpendapat, perbuatan mengubah struktur tubuh bagi tujuan kecantikan adalah diharamkan ini kerana perbuatan tersebut termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah SWT. Maka penggunaan thread lift dalam mencantikkan diri termasuk dalam kategori ini.
Sumber: Jabatan Mufti Selangor
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.