24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Tiada Gelombang Kedua Banjir – MET Malaysia


Tiada gelombang kedua banjir dijangkakan berlaku pada masa terdekat ekoran ramalan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di pantai timur Semenanjung adalah rendah.

Jabatan Meteorologi memaklumkan, Luruan Monsun yang diramalkan berlaku pada 27-29 Disember ini dengan kebarangkalian untuk berlaku hujan berterusan di pantai timur Semenanjung adalah rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah.

WhatsApp Image 2021 12 21 at 12.04.12

Namun, hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah timur dan Sarawak barat dalam tempoh tersebut.

Menurut jabatan itu, ramalan berkenaan berdasarkan analisis model European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF), Global Forecast System (GFS) dan METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD WRF).

“Berdasarkan analisis model itu, meramalkan berlaku luruan monsun pada 27-29 Disember dengan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di pantai timur Semenanjung adalah rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah. Namun, hujan berterusan berpotensi berlaku di Sabah timur dan Sarawak barat dalam tempoh tersebut.

267440711 276814127814712 3249380516803339430 n

“Angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26-29 Disember 2021. 

“Orang awam dinasihatkan merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dan sentiasa peka dengan maklumat terkini dan berwaspada,” kata kenyataan jabatan itu.

TRG aruskarau08gggg

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi memaklumkan Luruan Monsun adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

“Kita terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan dan amaran ribut petir bila keadaan perlu,” kata kenyataan itu.

TRG LAUTBergelora2 LEAD

Sumber: UTUSAN ONLINE & Kredit Cover Photo: Aeman Khalid





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI