25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Tiada wanita ingin cerai tanpa sebab, Diana Danielle doakan Puteri Sarah

Pelakon Diana Danielle menyifatkan rakan artis, Puteri Sarah Liyana mempunyai sebab tersendiri bagi memfailkan cerai selepas melalui konflik rumah tangga sejak empat tahun lalu.

Menurut laporan BH Online, pelakon berusia 32 tahun itu bagaimanapun memilih tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Tetapi, biar begitu kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.
“Saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa berhubung isu ini. Namun, sebagai wanita semestinya saya memahami perkara yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya.

Pelakon drama siri She Was Pretty itu berkata, dia menganggap Puteri Sarah telah melakukan yang terbaik selain menitipkan doa buat wanita berkenaan.

“Dalam kehidupan, kita tidak boleh menjangka pengakhiran dalam apa juga keadaan. Kita hanya mampu memberikan terbaik dan Puteri Sarah juga sudah membuat sebaik mungkin buat keluarganya.
“Jadi, kita hanya menyokong apa sahaja tindakan yang diambil. Apa sahaja yang terbaik buat Puteri Sarah dan anak-anaknya,” ujar isteri kepada aktor Farid Kamil itu.

Terdahulu, Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Syamsul Yusof yang juga pengarah sensasi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin) , Instagram Diana Danielle



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI