25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Tiba-tiba kongsi video bekas isteri di TikTok, netizen sindir founder – “Sendu la tu”

Kira-kira setahun yang lalu, pernah tular kisah seorang founder wanita yang dibuang daripada syarikat oleh suaminya sendiri setelah mereka sama-sama membangunkan empayar tersebut.

Tak lama selepas itu, wanita terbabit yang dikenali sebagai Nuramirah telahpun sah bercerai dengan suaminya yang juga pemilik jenama pakaian Elrah iaitu El Azman.

Namun begitu, menerusi Instagram Nuramirah, dia dilihat seakan sudah menemui pengganti apabila ramai yang mendoakan supaya wanita itu segera bertemu jodoh dengan jejaka yang kerap dikongsikan di media sosial.

@nuramirah111

Cuci mata 🧟‍♂️ #fyp #founderkayra

♬ Locked Away Lofi Remix – Lofi_lyrics

Akan tetapi, sejak semalam tular di media sosial terutamanya di Tiktok apabila bekas suaminya memuat naik rakaman video Nuramirah dengan menunjukan gift yang diberikan kepada bekas isterinya itu.

@elazman

sultan pemurah 😝

♬ original sound – motivasi_fiqsam – motivasi_fiqsam

Perkongsian tersebut telah menjadi bualan netizen yang pelik dengan tindakan lelaki terbabit. Rata-rata mereka menuduh yang El Azman seakan cuba meraih kembali perhatian bekas isteri kerana sebelum ini ramai yang mengikuti kisah rumah tangga mereka.

Akan tetapi ada juga yang merasakan apa yang dilakukan lelaki itu sebagai satu bentuk marketing bagi melonjak semula namanya selepas isu penceraian tempoh hari.

IMG 4483

IMG 4482

IMG 4481

IMG 4480

IMG 4479

IMG 4478

IMG 4484

Namun begitu, menerusi komen-komen yang diperoleh daripada netizen, dikhabarkan yang Nuramirah bakal bernikah lagi tidak lama lagi dengan lelaki yang kerap ada di media sosialnya sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, tindakan yang dilakukan bekas suami dengan berkongsi video itu tidak ada sebarang penjelasan lagi dan mungkin dia sekadar bergurau sebagai seorang kawan.

Terdahulu, kisah founder wanita terbabit yang dibuang daripada syarikat yang dibangunkan bersama suami telah menjadi topik perbualan netizen susulan ramai yang mengasihaninya.

Kebanyakan mereka berasa simpat dengan nasib menimpa wanita berkenaan yang dibuang selepas jenama tersebut mendapat sambutan meluas sehingga mengubah mereka menjadi senang.

Sumber: TikTok Elazman, nuramirah111

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI