23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

‘Tidak Sangka Akan Berkahwin, Inilah Takdir Allah.’ Terharu Isteri Terima Seadanya, Lelaki OKU Ini Janji Jadi Suami Terbaik

Benarlah kalaulah jodoh tak akan ke mana. Siapa sangka walaupun dilahirkan serba kekurangan dan akhirnya bertemu jodoh dengan wanita normal yang mampu menerima keadaan diri lelaki ini seadanya.

Tidak Sangka Akan Berkahwin

“Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin, sampai ke jinjang pelamin, namun inilah yang dinamakan takdir,” kata Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal, Muhammad Haziq Samrat.

Pemuda berusia 27 tahun itu menarik perhatian ramai selepas video majlis persandingannya bersama isteri, Nur Atiqah Amiera Ghazali, 29, tular di media sosial.

Dalam video itu, kelihatan Muhammad Haziq bergerak di atas papan selaju, beriringan dengan isterinya menuju ke pelamin untuk bersanding dan acara memotong kek.

477821

Inilah Takdir Allah

Menurut Muhammad Haziq yang kini menetap di Bandar Tun Hussein Onn di sini, video itu dirakam ketika majlis persandingan mereka di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak pada 10 September lalu.

Katanya, dia tidak mengetahui ada pihak yang memuat naik video berkenaan di TikTok.

“Saya baru tahu sebenarnya dan tak sangka ia tular di laman sosial. Saya sedar ada tetamu yang mengambil gambar, video ketika datang majlis itu tapi tak sangka dimuat naik hingga tular,” katanya.

Terharu Isteri Terima Seadanya

Berkongsi kisahnya, Muhammad Haziq berkata, dia merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dan menjadi OKU sejak dilahirkan.

477818

 

Katanya, sejak kecil dia diasuh untuk mengutamakan pendidikan dan tidak ketinggalan hingga memiliki Diploma Multimedia dan Animasi serta Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan.

Muhammad Haziq juga tiada masalah bergaul dengan sesiapa, malah mempunyai ramai rakan normal.

477819

Lelaki OKU Ini Janji

“Saya terbuka dan tiada halangan berkawan dengan sesiapa baik lelaki mahupun perempuan.

“Cuma, bab pasangan itu saja yang tidak pernah saya jangka, apatah lagi terfikir sama ada perempuan mahukan saya atau tidak.

“Rupanya, ada juga yang sudi menerima diri saya seadanya dan kepercayaan itu akan cuba saya balas dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami sebaiknya, menjaga dan mendidik isteri,” katanya.

Jadi Suami Terbaik

Sementara itu, Nur Atiqah Amiera yang bekerja sebagai pembantu jururawat berkata, dia berkenalan dengan suaminya menerusi platform Bigo Live pada November 2020 dan tertarik dengan keperibadian lelaki itu.

“Kiranya, saya yang ‘mengayat’ suami dahulu pada awal perkenalan dan dia awalnya tidak suka cerita keadaan dirinya, jadi saya cuba juga kenali dia hingga pertemuan pertama kami pada 12 Disember 2020.

“Saya tidak kisah keadaannya macam mana, asalkan dia memahami dan boleh didik saya, malah keluarga juga tiada halangan serta terbuka menerima hubungan kami,” katanya yang memberitahu mereka melangsungkan akad nikah pada 23 Julai lalu.

477820

 

Tambah Nur Atiqah Amiera, tiada istilah terpaksa menerima pasangan OKU sebaliknya, dia bersedia menjadi isteri yang menjaga kebajikan suami istimewanya sekali pun berhadapan persepsi masyarakat.

“Daripada awal saya sudah tahu keadaan suami, jadi sudah tetapkan hati dan minda untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Insya Allah saya mahu menjaganya sehingga akhir usia kami,” katanya.

Foto : myMetro, Instagram Haziq Samrat, TikTok asianagrand

Sumber: www.kashoorga.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI