25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Tiga Wanita Jadi Korban Kejadian Bot Bertembung Di Pangkor, Perak!

Tiga wanita maut dalam insiden pelanggaran antara dua bot di perairan Lumut-Pangkor dekat Manjung berhampiran Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) malam Isnin.

Ketiga-tiga wanita berumur lingkungan 26 hingga 43 tahun yang belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Laut, Lumut, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Manjung dan TLDM telah melancarkan misi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik menerima maklumat pada pukul 9.17 malam.

Tiga Wanita Jadi Korban Kejadian Bot Bertembung Di Pangkor Perak

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah bot membawa 17 penumpang dengan seorang tekong dari Lumut ke Pangkor, yang berlanggar dengan sebuah lagi bot dinaiki seorang tekong dan seorang penumpang dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu 10 penumpang tercampak ke dalam laut sebelum diselamatkan oleh kedua-dua tekong bot berkenaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

1678189492 792 Tiga Wanita Jadi Korban Kejadian Bot Bertembung Di Pangkor Perak

Nor Omar berkata tiga yang maut telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat — manakala seorang lagi mangsa berumur 43 tahun kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dan yang lainnya telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Setakat ini pihak berkuasa mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

1678189493 947 Tiga Wanita Jadi Korban Kejadian Bot Bertembung Di Pangkor Perak

Sumber: BERNAMA & Kredit Foto: Facebook TLDM

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI