31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Tinggi 65 Sentimeter Je! Pemuda 20 Tahun Pecah Rekod Dunia!

Seorang lelaki mendapat pengiktirafan Guinness World Records untuk kategori lelaki terpendek di dunia, lapor laman berita Wion News semalam. Anugerah itu diberikan Selasa lalu kepada penduduk Iran yang berketinggian hanya 65 sentimeter (sm).

Tinggi 65 Sentimeter Je Pemuda 20 Tahun Pecah Rekod Dunia

Afshin Esmaeil Ghaderzadeh, 20, yang tinggal di sebuah kampung terpencil di wilayah Azerbaijan Barat berkata, menjadi lelaki paling pendek di dunia terasa ‘seperti mimpi’ selepas dia didapati 6.86 sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelumnya.

1671444405 936 Tinggi 65 Sentimeter Je Pemuda 20 Tahun Pecah Rekod Dunia

Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dan Adjudikator Rasmi, Kanzy El Defrawy menghadiri acara pengukuran di pejabat badan penyimpan rekod dunia itu di Dubai.Afshin diukur tiga kali untuk memastikan dia mencatat rekod baharu itu.

1671444405 990 Tinggi 65 Sentimeter Je Pemuda 20 Tahun Pecah Rekod Dunia

Kehidupan di Iran Utara tidak mudah untuk Afshin. Akibat tidak dapat bersekolah, dia menjadi buta huruf walaupun baru-baru ini berjaya menulis namanya sendiri.

Afshin tidak dapat mengelilingi kampung tanpa bantuan ibu bapanya. Walaupun dia boleh berjalan, dia lebih suka digendong pada masa-masa tertentu.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI