26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Tips Siang & Cara Goreng Ikan Keli Supaya Rangup & Sedap. Barulah Tak Hanyir Dan Muak!

Ikan keli merupakan ikan air tawar yang cukup digemari ramai. Bermisai seperti kucing, ikan ini banyak ditemui di Asia Tenggara. Terdapat pelbagai jenis ikan keli, ada ikan keli liar, ikan keli kayu dan ikan keli sangkar.

Banyak kedai yang menyediakan pelbagai hidangan ikan ini dan rasanya lebih sedap apabila digoreng garing. Memandangkan ikan ini ikan air tawar jadi rasanya hanyirnya juga sangat kuat. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan kita yang lebih memilih untuk makan di luar sahaja.

Tapi harganya pun lebih kurang lumayan. Jadi apa kata korang beli ikan ini dan goreng sendiri sahaja di rumah. Lebih sedap dan puas. Tak tahu cara menyiang dan masak yang betul? Tidak mengapa, anda boleh rujuk perkongsian dari Afy AL Habibi ini.

Perkongsian cikgu pada kali ini adalah lebih kepada tips untuk menyiang ikan keli dan cara goreng yang rangup. Ada teknik cikgu tunjuk pada bahagian tertentu bersihkan ikan untuk hilangkan bau hanyir yang kuat.

Nak bagi ikan ini jadi rangup dan sedap pun kena tengok gambar sampai habis ye. Dah jemu makan ikan keli berlado guna cili merah, cikgu buat pula dengan cili hijau. Nak tambah rasa kick boleh tengok resepi ringkas cikgu di bawah.

Teknik Siang & Goreng Ikan Keli Yang Betul Supaya Tak Hanyir & BerbauOkay jom mula. Tengok betul-betul dekat gambar. Selepas cikgu bersihkan lemak dan darah beku ditengahnya, masih ada lagi bahagian yang menyembunyikan darah beku. Dekat dengan jari cikgu tunjukkan. Gunting sedikit pada bahagian tersebut.Buat kiri dan kanan bahagian ikan. Darah inilah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan. Tak ramai sebenarnya yang buat kalau kita makan kat luar, bahagian tersebut akan dibuang.

Kenapa cikgu kata begitu? Sebab dah banyak kali cikgu terkena’

cara siang dan goreng ikan keli 7

Langkah seterusnya basuh ikan keli tadi dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah sebersihnya.Kemudian tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli secara keseluruhannya ialah masukkan dua sudu besar tepung gandum. Gaul rata dan biarkan seketika.

cara siang dan goreng ikan keli 6

Barulah dicuci bersih sekali lagi. Inilah rupa ikan keli yang telah siap dibasuh.cara siang dan goreng ikan keli 5Untuk rahsia isi ikan keli menjadi rangup, kelar ikan keli rapat-rapat.cara siang dan goreng ikan keli 5Kemudian, lumur ikan keli dengan bahan tumbuk dibawah:-1 ulas bawang putih

-sehiris nipis halia

-serbuk kunyit

-garam

-secukup rasa

Kalau yang ada serbuk ayam garlic cikgu, boleh perap guna tu je. Lagi mudah. Tips seterusnya untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup semasa menggoreng, lumur nipis dengan sedikit tepung gandum.

cara siang dan goreng ikan keli 3

Gorenglah ikan keli dalam minyak yang banyak dan panas. Sebelum digoreng masukkan dua keping asam. Kemudian masukkan ikan.Tutup dengan tudung periuk. ( selain untuk cover minyak terpercik, cikgu suka tutup sebab lagi cepat masak. Isi ikan lebih juicy kat dalam). Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat.

cara siang dan goreng ikan keli 4

Siap ikan keli goreng garing tanpa bau hanyir dan rangup sedap.cara siang dan goreng ikan keli 2

Haa apabila dah siap siang dan goreng garing, apa kata kita buat ikan keli goreng masak berlada pula. Selalu ikan keli masak berlada merah, kali ini jom kita buat masak berlada hijau pula. Sangat enak dan sedap tau!

Resepi Ikan Keli Goreng Sambal Hijau Berlado

ikan keli goreng berlada 1 ikan keli goreng berlada 2

Bahan kisar

A:

3 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen)2 ulas bawang putih5 ekor ikan bilisSecubit belacan

B:

5 tangkai cili hijauSegenggam cili padi hijau

( untuk sambal rasa lebih kick)

Cara Penyediaan:Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi. (minyak sekali guna)Tumis bahan kisar A sehingga wangi.Kemudian masukkan pula bahan kisar B.Biarkan cili masak sempurna. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula melaka.Masukkan sedikit air jika perlu. (Cikgu tak letak sebab dah terlebih air semasa kisar) Perasakan dengan garam gula mengikut citarasa sendiri.Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.Tuangkan sambal atas badan ikan keli yang sudah digoreng tadi. Sedia untuk dinikmati.

Mudah sahaja kan cara siang dan goreng ikan keli ini? Ikuti sahaja setiap langkah yang dikongsikan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit: Afy AL Habibi

Baca juga: Tak Biasa Masak Pulut Guna Rice Cooker? Ini Dia Cara & Tipsnya Yang Mudah, Letak Roti Untuk..

 

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI