26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023
spot_img

“Tolak Dr Scammer” – Calon PRU15 Di Kelantan Guna Sijil Palsu Tipu ‘Resume’. Sebenarnya Belum Habis Belajar Pun!

Seorang calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa didakwa tidak habis belajar dalam jurusan perubatan, tetapi masih menggunakan gelaran ‘doktor’ dalam resume pencalonannya.

Tolak Dr Scammer Calon PRU15 Di Kelantan Guna Sijil

Calon BN tersebut, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin didakwa belum lulus pengajian dalam bidang perubatan kedoktoran dan sijil ijazah yang dimilikinya adalah PALSU, menurut maklum balas daripada pihak Universitas Gadjah Mada (UGM).

1668021282 266 Tolak Dr Scammer Calon PRU15 Di Kelantan Guna Sijil

Aktivis politik, Liyana Marzuki yang mula-mula membuat pendedahan berhubung isu tersebut hari ini memuat naik e-mel yang diterimanya daripada pihak universiti tersebut selepas membuat pertanyaan.

“Saya dengan ini mengemukakan bukti daripada pihak Universiti Gajah Mada menjawab email rasmi yang dibuat oleh pihak saya,” kata Liyana dalam hantaran Facebooknya.

Menurut Liyana lagi, calon BN tersebut juga bukan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu dan surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.

Dalam pada itu, Liyana juga menggesa calon ini agar berterus terang kepada rakyat dalam masa 24 jam atau berdepan tindakan undang-undang ekoran penipuan dilakukannya.

1668021282 365 Tolak Dr Scammer Calon PRU15 Di Kelantan Guna Sijil

HAFIEZULNIEZAM BUAT LAPORAN POLIS NAFI

Tolak Dr Scammer Calon PRU15 Di Kelantan Guna Sijil

Pada 8 November lalu, melalui dada akhbar arus perdana, calon BN Pengkalan Chepa itu menjawab dakwaan terhadap dirinya dengan mengatakan pihak Universiti telah mengesahkan sijil pelajaran beliau adalah sah.

Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa.

Namun, Mohd Hafiezulniezam tidak pula memberi sebarang bukti bagi menunjukkan kesahihan sijil dimilikinya.

KELULUSAN AKADEMIK & KELAYAKAN PERUBATAN CALON DIPERSOAL 

1668021283 503 Tolak Dr Scammer Calon PRU15 Di Kelantan Guna Sijil

Sebelum ini ada warganet mempersoalkan kelayakan calon yang dikemukakan BN bagi cuba merampas kerusi Pengkalan Chepa di Kelantan.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kelulusan akademiknya. Dia dikatakan memiliki ijazah muda perubatan dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Gadjah Mada di Indonesia.

Sesetengah pihak juga mempertikaikan penggunaan gelaran “DR” pada namanya selepas semakan pada pangkalan data Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mendapati tiada namanya didaftarkan.

Sumber: Agenda Daily

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI