26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Tourism Selangor Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Terkesan Teruk


Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tatkala ramai di antara penduduk di Shah Alam serta beberapa lokasi di beberapa buah daerah dan negeri berdepan ujian banjir, bantuan diterima tidak pernah putus.

Bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan lebat tempoh hari.

423194

423193

Menurut Touriism Selangor, seramai 20 orang kakitangan mereka telah mengambil bahagian dan turun padang dalam misi bantuan banjir di daerah yang terlibat di Negeri Selangor kali ini.

Pelbagai jenis bentuk bantuan telah diberikan kepada kakitangan Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas.

Selain itu, pihak pihak Tourism Selangor turut bekerjasama dan berkolaborasi bersama Aliments dan mengagihkan sebanyak 500 pek makanan daripada pek makanan ‘Kejap’ kepada mangsa banjir di daerah Hulu Langat.

Ia merangkumi beberapa buah kampung seperti Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.

423192

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah Mohamad dalam kenyataannya berkata, “Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan bencana banjir yang melanda Negara, khususnya Negeri Selangor. Secara tidak langsung bencana banjir ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan di Negeri ini namun saya berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat”.

423191

Mereka juga turut menzahirkan nasihat kepada orang ramai agar mengambil air minuman dan makanan yang bersih untuk mengelakkan sebarang penyakit atau keracunan makanan.

Tourism Selangor turut menyarankan agar semua pihak agar terus peka terhadap aspek keselamatan dan mengamalkan panduan keselamatan ketika banjir.



Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI