Mayat seorang lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, ditemui pagi tadi.
Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerusi Facebook.
Bomba berkata, mayat itu ditemui pada 10.39 pagi sekali gus menjadikan korban kejadian tanah runtuh kini meningkat kepada 27 orang. Pasukan penyelamat sedang mencari enam lagi mangsa dalam tanah runtuh itu.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.