Dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, di sini, awal pagi hari ini.
Seramai 92 mangsa tanah runtuh dalam kejadian di Father Organic Farm dekat Batang Kali telah ditemukan.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat pukul 9.15 pagi ini, hasil siasatan mendapati, 53 mangsa ditemui selamat manakala tujuh lagi cedera.
Jelas Nadma, lapan mangsa meninggal dunia.
“Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” jelas agensi itu.
Tanah runtuh Batang Kali: Lapan maut setakat ini – @mynadma
Video @bombaJBPM pic.twitter.com/cGGcr6d5Be
— Warta Utusan (@wartautusan) December 16, 2022
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan laporan awal, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar (0.4 hektar),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, Norazam berkata, maklumat daripada pasukan perubatan mendapati seramai 31 mangsa berjaya ditemukan dan berada dalam keadaan selamat.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.
“Turut digerakkan ke lokasi kejadian adalah Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM),” katanya.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.