29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali – “Lesen Diberi Untuk Buat Kebun Organik, Bukan Tapak Khemah!”

Lagi perkembangan mengenai kes kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Terbaharu dilaporkan bahawa syarikat yang mengendalikan 3 tapak perkhemahan yang mengalami kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI LESEN untuk beroperasi.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming — syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.

Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Lesen Diberi Untuk Buat

PEMILIK TAPAK PERKHEMAHAN TIDAK PERNAH MEMOHON UNTUK AKTIVITI ‘CAMP SITE’

“Tiada lesen diberikan oleh Majlis Bandaraya Hulu Selangor dan ini adalah satu kesalahan di bawah Akta 113 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM50,000.

“Syarikat itu hanya ada kebenaran merancang bangunkan kebun organik dan tiada permohonan dibuat untuk aktiviti perkhemahan,” katanya dalam kepada pemberita di lokasi kejadian, pada Jumaat.

1671193121 332 Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Lesen Diberi Untuk Buat

1671193121 496 Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Lesen Diberi Untuk Buat

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, beliau telah mengeluarkan arahan penutupan tapak perkhemahan selama 7 hari di seluruh negara.

“Arahan telah dikeluarkan pagi tadi kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menutup seluruh tapak perkhemahan selama tujuh hari berkuat-kuasa serta merta.

“Saya tidak mahu lagi melihat kejadian ini berlaku jadi tapak perkhemahan di air terjun, lereng bukit dan kawasan berisko akan dikosongkan sehingga Kerajaan berikan arahan baharu,” ujarnya.

1671193122 24 Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Lesen Diberi Untuk Buat

1671193122 312 Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Lesen Diberi Untuk Buat

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI