26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022
spot_img

Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!

Makin ramai yang tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke negara jiran Thailand. Tak dinafikan Thailand mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, tambah pula boleh menjelajah negara ini hanya dengan menaiki bas, keretapi dan juga menaiki pesawat.
Nor Alwani Abdul Wahab dan rakannya Jujues DhRq baru-baru ini berkongsi tentang percutian mereka dari TBS, Kuala Lumpur hinggalah ke Bangkok. Menaiki bas, keretapi dan juga pesawat, wanita ini turut berkongsi bajet untuk perjalanan yang dibuat sepanjang empat hari di Thailand.

Paling best dapat jejak safari di Kanchanaburi. Pengalaman memberi makan kepada zirafah, kuda belang dan harimau antara yang paling manis untuk dikenang. Baca pun dah seronok apatah lagi kalau dapat rasa sendiri pengalaman tersebut.

Jom ikuti perkongsian kedua wanita ini dan selami sendiri keseronokan yang mereka rasai sepanjang percutian ke negara Gajah Putih ini!

Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!
Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!

Trip TBS-Hatyai-Bangkok-KL

Saya nak sharing tips TBS-Hatyai-Bangkok-KL kami pada 25 Ogos 2022 sehingga 29 Ogos 2022.

Day 1 – 25.8.2022

Naik bas Alisan Golden Coach jam 10.30 mlm di TBS, KL
Sampai Hatyai jam 7.30 pagi. Bas akan berenti di Changloon (kami beli simcard kat situ. 200 Bhat untuk unlimited internet). Sekali lagi bas akan berenti di Bukit Kayu Hitam untuk cop passport dan border Thailand. Tiket bas RM 72 beli di www.busonline.com

Day 2 – 26.8.2022

Kami sampai Hatyai jam 730 pagi. Terus ambil tuktuk ke Stesen Keretapi Hatyai untuk beli tiket train ke Bangkok. Kena cepat sebab nak kejar tiket 2nd class lower berth. Alhamdulillah, dapat satu set lower berth dan satu upper berth. Train no 32, gerak daripada Hatyai jam 5.40 petang dan sampai di Bangkok (Hua Lamphong) esoknya jam 12.30 tghari.

Tambang tuktuk 50Bhat. Tiket train LB 1150 Bhat, UB 1050 Bhat.
Sementara nak kill the time, kami makan area bandar Hatyai dan amik tuktuk (100 Bhat) untuk pusing-pusing sekitar. Depan train station banyak kedai makan halal. Jadi, sempat bungkus nasi untuk makan dalam train. Dalam train tak ada cafe, jadi sila standby bekalan siap-siap. Mereka akan ambil order utk breakfast. Kami ambil Chicken Basil dan kopi. 70 Bhat. Halal sbb dan confirm dgn passenger muslim Thai yang naik train sama dgn kami. Mmg sangat2 sedap makanan dia.

Toilet dalam train mmg banyak dh upgrade, Mmg macam toilet dalam flight. Selesa! Dh tak ada mcm 5 tahun dulu, kalau membuang mmg akan direct jatuh ke landasan. Mmg untuk train, journey, experience dan kemudahan, saya bg 5 star! Worth it utk repeat.

Day 3 – 27.8.2022

Sampai Hua Lamphong dalam 12.30 tghari. Kat Bangkok ni ada 2 railway station which is Bang Sue (ni dekat Chatuchak) atau Hua Lamphong. Daripada Hua Lamphong, kami ambil MRT ke Mo Chit Bus Terminal untuk beli tiket ke Kanchanaburi esoknya. Nak ke MRT Hua Lampong, jangan keluar drp railway station. Mmg depan entrance dah ada eskalator to MRT. Tambang MRT 42 Bhat ke Chatuchak Park and kami ambil Grab direct ke Mo Chit Bus Station.

Minibus ke Kanchanaburi 130 Bhat.
Daripada Mo Chit Bus Terminal, kami ambil grab direct ke hostel area Silom. Untung ada grab sbb kalau ambil tuktuk/taxi, boleh compare kan harga dgn grab. Hostel kami, dekat dengan MRT SILOM dan BTS Sala Daeng. Jalan kaki dalam 100-200 meter sahaja.
Silom Space Hostel, 2 malam utk 2 orang RM 210.

Recommended hostel ni sbb sangat dekat dengan public transport, kedai makan halal banyak dan selesa.

Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!

Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!

Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!
Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!

Day 4 – 28.8.2022

Pukul 730 pagi, kami gerak ke Mo Chit Bus Station. Naik MRT drp SILOM ke Chatuchak Park, 42 Bhat. Drp MRT, again kami ambil grab ke Mo Chit. Selain grab, boleh juga nak naik bas ke Mo Chit tapi kami nak kejar masa, so ambil grab. Grab dlm 110 Bhat.

Mo Chit Bus Terminal ni, ada 2 station. Satu untuk ke Utara mcm Chiang Mai, etc dan opposite dia ke Selatan mcm Hua Hin, Kanchanaburi, etc. Jadi jgn tertukar. Kalau tersilap, x ada masalah sbb jejantas ada disediakan untuk ke seberang satu lagi.

Perjalanan ke Kanchanaburi ambil masa dalam 2 jam setengah. Bergantung kepada speed driver bawak. Sampai Kanchanaburi, kami ambil grab ke Safari Park Kanchanaburi, Grab dalam 250 Bhat. Mahal sikit sbb nak ke Safari Park dalam setengah jam. Dan, grab sangat susah nak dpt untuk balik ke bandar. Kebetulan, kami ada teksi yang hantar passenger ke safari, kami naik teksi ke bandar, dalam 300 Bhat. Jadi, kalau nak kawtim suruh dia tunggu pun ok. Kami hari tu dia nak tunggu and hantar balik ke bandar dalam 400 Bhat. Tapi kami tolak and cuba nak ambil teksi/grab drp Safari Park. Honestly, susah juga nak dpt transport utk balik ke bandar.

Entrance safari 550 Bhat. Kalau nak beli makanan mereka, 200 Bhat and feed the cub 550. Saya suggest, beli makanan untuk feed the giraffe, camel, zebra dan deer. Bila lagi nak dpt pengalaman giraff hulur kepala dalam bas untuk makan kat tgn kita. Dgn zebra suakan mulut dan tunjuk gigi mereka yang besar2 tu. Once in a bluemoon experience betul!
Utk feed the cub, dia ada leopard (nama Lily), tiger (2 ekor sbb sibling) dan lion (teenager). Another experience yang memang tak akan dapat mana-mana. Another activity ada juga walk with the tiger and giraffe photo essential, Tapi yang ini kena booked awal di fb mereka. Masa kami datang slot dah habis.

Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!

Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!

Trip Jejak Safari Di Kanchanaburi, Thailand, Wanita Kongsi Pengalaman Bagi Makan Harimau & Zirafah, Takut Tapi Seronok!Lepas lunch, kami ke Kwai River, Grab dalam 60 Bhat. Kwai River dekat bandar Kanchanaburi, And ada starbuck besar juga area bandar to kill the time sementara tunggu minivan balik Bangkok. Tiket Minivan ke Bangkok 120 Bhat.

Transport (minivan/minibas) Bangkok – Kanchanaburi – Bangkok ada sejam sekali. Tapi untuk selamat, better beli tiket awal. Masa kami hari tu sampai Kanchanaburi, terus beli siap2 tiket balik Bangkok. Tu pun dah penuh. Sbb dah merasa dua-dua transport, kami suggest naik minibus. rasa besar sikit dan lapang. Kalau minivan, mmg agak sempit bersesak-sesak sikit dalam tu.

Day 5 – 29.8.2022

Free and easy. Jalan-jalan area Bangkok dan gerak ke Airport Suvarnabhumi. Daripada Silom Space Hostel, kami ambil grab ke Farida Fartonee dalam 120 Bhat. Lepas lunch, kami dalan kaki ke BTS Phaya Thai then naik ACL, 35 minit ke airport dengan tambah 45 Bhat. Direct masuk terus ke dalam bangunan airport.

Port makan (Saya misi hunting tomyam, setiap kedai saya akan order tomyam. Ni pandangan saya ya)

Yana Restaurant, MBK (bagi saya tomyam dia biasa tapi green curry dia sedap)
Dawood Muslim Restaurant, Kanchanaburi (Tomyam dia sumpah sedap dan portion dia sangat-sangat besar. Harga pun murah dalam 150 Bhat. Sorang makan mmg x habis)
Usman Thai. Sampai dah lewat so order nasi gorenga kampung. Alhamdulillah sedap
Fareeda Fartoni. 5 Star! Tomyam sedap. Green Curry sedap! Pulut Mangga sedap! harga pun murah.

Mango Tanggo. NI belakang MBK. Jalan dalam 400 m. port wajib kalau nak makan pulut mangga atau apa2 yang berasaskan mangga. Sedap sampai teringat-ingat.

Silom Space Hostel, mmg saya sangat2 recommend sbb convinent sangat. Cuma, cuma, cuma jangan terkejut sebab kenapa ramai lelaki yang check in. Bila malam baru tau, bawah hostel kami tu meriah dengan kelab gay. And hostel kami mmg dekat dengan area Patpong. So banyak la kelab2 dan massage center area situ. Bising sikit malam2. tapi bagi kami ok je. Yang penting, selesa.

Untuk covid requirement, tak ada apa2 dah. Back to normal. cuma bila part imi mereka, kena tunjuk my sejahtera yang stau vaksinasi tu. Tu je,

Tu je sharing daripada saya. Tq membaca sampai habis. Yang akan travel ke mana-mana, keep safe ya! Happy travel! Jumpa sesama Malaysian, jangan lupa tegur-tegur hai-hai ya!

Kredit: Nor Alwani Abdul Wahab

Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI