25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Tuah badan! Teman lelaki Zarina Anjoulie hadiahkan rumah di kawasan elit

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan ramai apabila dia berani berkongsi momen bahagia bersama teman lelaki baharunya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Terbaharu, hantaran yang dikongsikan oleh lelaki tersebut di laman TikTok miliknya menarik perhatian warganet apabila dia membeli sebuah rumah khas untuk Anju, anak lelaki aktres tersebut iaitu Awangki Gabriel Martin Ezra serta anak perempuannya, Julia Sharapova.

Menerusi hantaran Story di TikTok milik DS Elzey, dilihat dirinya menaiki kereta buggy golf di sebuah kawasan perumahan elit berserta kapsyen yang menarik perhatian.

“Papa hadiahkan untuk Mama, Martin dan Poya. Syukur nikmat Allah. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga. I love you mama,”tulisnya.

Screenshot 2022 12 21 at 10 3

Dalam pada itu, Elzey memaklumkan dia sudah mengambil kunci rumah berkenaan dan ia bakal diserahkan kepada Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul.

“Baru dapat kunci rumah dan Anju dapat hadiah rumah,”ujarnya di ruangan komen.

Screenshot 2022 12 21 at 5.45.23 PM

Sebelum ini, aktres berusia 35 tahun itu memuat naik kenyataan supaya menggesa netizen untuk tidak menganggu kehidupannya bersama teman lelaki kerana dia juga berhak bahagia seperti orang lain.

Malah, Anju turut mempersoalkan sama ada dia tidak layak untuk rasa bahagia atau tidak berikutan kisah silam yang berlaku sebelum ini.

Sekadar info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam tahun.

Sumber: TikTok @abot_anjoulie, Instagram @anjoulielavocah1

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI