31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Tular ‘adik-beradik’ Myvi terbabit kemalangan – “Ku sangka 3, rupanya 4”

Tular satu video memaparkan insiden kemalangan membabitkan beberapa kenderaan dipercayai empat buah Perodua Myvi berwarna putih di atas jalan raya.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @muhdtaufiq247 memuat naik video tersebut yang memperlihatkan Myvi daripada tiga generasi itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan.

@muhdtaufiq247

Semoga dipermudahkan segala urusan🤲🏼 #kingmyvi #myvi #myvimalaysia

♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏 – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulis @muhdtaufiq247 ringkas.

Video berdurasi 18 saat itu juga kelihatan beberapa individu dipercayai pemandu dan pemilik kenderaan terbabit, namun tiada sebarang individu yang mengalami kecederaan.

Rakaman berkenaan mendapat 707,200 tontonan sejak dimuat naik semalam, selain hampir 4,000 komen dalam kalangan netizen yang memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut.

Berbeza dengan insiden kemalangan lain, rata-rata netizen menyifatkan insiden itu sesuatu menghiburkan apatah lagi membabitkan model serta warna kenderaan yang sama.

Screenshot 2022 11 11 at 8.30.06 PM

Malah, mereka turut berseloroh menggambarkan insiden itu seperti masalah keluarga kononnya adik-beradik’ yang bertengkar sehingga masing-masing ‘bercakaran’.

Screenshot 2022 11 11 at 8.30.22 PM

gre

WhatsApp Image 2022 11 11 at 8.19.46 PM

WhatsApp Image 2022 11 11 at 8.19.46 PM 1

WhatsApp Image 2022 11 11 at 8.19.47 PM 1

WhatsApp Image 2022 11 11 at 8.19.47 PM

WhatsApp Image 2022 11 11 at 8.19.48 PM

WhatsApp Image 2022 11 11 at 8.19.49 PM

Bak nyanyian dalam video itu, entah siapa yang salah.. ku tak tahu. Apapun, semoga urusan individu yang terbabit dalam kemalangan tersebut dipermudahkan.

Sumber: TikTok @muhdtaufiq247

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI