25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Tular kanak2 usia 2 tahun adu sakit, suami pengasuh ditahan disyaki cabul

Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mecabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang diasuh bersama isterinya di Cybersouth Dengkil, Selangor.

Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek berusia 25 tahun ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya kelmarin berhubung seorang pesakit kanak-kanak mengadu sakit di bahagian kemaluan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan suspek ditahan di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang tadi.

Wan Kamarul  berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,”ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Kamarul mengatakan laporan doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.

Katanya lagi, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.

“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu,”katanya lagi.

Pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuhnya sebelum mendedahkan dicabul oleh suami pengasuh.

Screenshot 2022 12 22 at 3.35.03 PM

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul ketika berada di taska.

Pendedahan dibuat oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad di laman Instagram milikinya dengan mengatakan insiden itu membabitkan anak kepada stafnya.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd. Husni Mohd. Noor), Instagram @hafizmahamad

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI