Uruskan mak, ayah jadi ladang pahala buat anak. ‘Bukan berkira buat sistem giliran, tapi elak adik-beradik gaduh semasa sendiri apabila ramai yang cuba lari daripada tanggungjawab.
Benarlah kata orang, mak ayah mampu menjaga anak sepuluh orang, tetapi anak 10 orang belum tentu dapat menjaga mak dan ayahnya.
Pabila anak makin membesar dan mak ayah makin menua, masing-masing ada tugas dan komitmen masing-masing apabila bekeluarga. Namun itu tak bererti mereka boleh lari daripada tanggungjawab.
Uruskan Mak, Ayah
Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu-bapa mereka telah semakin tua.
Aku ada lima adik, aku nombor dua. Kakak aku sudah meninggal dunia. Bila sudah ramai adik-beradik ini wajib ada sistem peraturan yang tak membebankan satu sama lain.
Jadi Ladang Pahala Buat Anak
Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami. Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar ‘gaji’ pada ahli yang sanggup ambil giliran dia.
Siapa saja boleh beri sejuta alasan untuk mengelak, sibuk kerjalah, anak tak ada orang jagalah, kereta belum servislah, belum gajilah. Ahhh macam-macam alasan. Sedangkan mereka berdua itulah satu-satunya ibu bapa kita.
Bukan Berkira Buat Sistem Giliran
Mak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk jaga kebajikan mereka. Mereka ladang pahala buat kita selagi mereka masih hidup.
Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujanglah yang selalu diambil kesempatan. Kena ambil cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.
Tapi Elak Adik-Beradik Gaduh
Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan. Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ dari tanggungjawab tak boleh!
Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat” Asyik aku je kena cuti bila ada hal mak ayah”
Sumber : Arni Suhaila Rahmat Via Kedah Kini
Sumber: www.kashoorga.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.