28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Ustaz Wadi Annuar maklum batal dua program ceramah di Selangor

Dua program agama oleh penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar yang dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Mac di Selangor telah dibatalkan.

Menerusi makluman di akaun Facebook rasmi pagi tadi, dua lokasi tersebut adalah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Walau bagaimanapun, tiga lagi program yang dijadualkan berlangsung pada 12, 13 dan 14 Mac di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya masih berjalan seperti biasa.

“Dimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di Negeri Selangor telah DIBATALKAN. Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.

“Segala kesulitan amat dikesali. Semoga Allah SWT memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” tulis hantaran berkenaan.

Namun begitu, penceramah berusia 40 tahun itu tidak memaklumkan lebih lanjut punca pembatalan program ceramah di Selangor.

Minggu lalu, pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus terpaksa membatalkan kuliah maghrib yang dijadualkan berlangsung di sebuah masjid Bukit Jelutong, Selangor atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor (JAIS).

Difahamkan, ia susulan Ustaz Azhar Idrus atau mesra dipanggil UAI tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di Selangor.

Sumber: Facebook Ustaz Wadi Annuar

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI