24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Vida ‘amuk’ & sakit hati, Syamsul Yusof dikatakan tak pandai hargai isteri cantik

Masalah rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan rakan-rakan selebriti yang turut sama memberi sokongan kepada aktres berkenaan.

Ini termasuklah usahawan sensasi, Dato Seri Vida yang turut tampil memberi sokongan kepada aktres berusia 38 tahun ini sewaktu berjumpa di konsert sulung penyanyi Indonesia, Cakra Khan yang berlangsung di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh usahawan kosmetik di platform TikTok miliknya, dia mengatakan suami Puteri Sarah iaitu Syamsul Yusof tidak tahu menghargai dan menilai kecantikan sedia ada pada isterinya.

Katanya, tindakan Syamsul berkahwin seorang lagi dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar jelas menunjukkan dia tidak tahu menilai dan menghargai seorang isteri yang sudah cukup cantik dan sempurna.

“Hello, comel ni weh comel. Kenal tak ni? Jantan tak kenal bare (barang),”ujar Vida.

dsv

Tambah Vida, tindakan Vida menyakiti hati dan mendera perasaan Puteri Sarah jelas menunjukkan pengarah filem Munafik itu seorang yang kufur nikmat dengan rezeki diberikan oleh Allah S.W.T.

“Lempar sebutir. Saya tu paling sakit hati tau. Jantan tak kenal ‘bare’. Kufur nikmat jantan ni,”amuk Vida.

@datoserividaofficial

Wife amuk tak❎ DSV amuk✅#pageforyou #masukbranda #fypシ゚viral #soundviral #fyp @Puteri Sarah liyana

♬ Flames – Donzell Taggart

Bagaimanapun, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hanya mampu gelak sahaja melihat reaksi pelatun lagu I Am Me itu.

Rata-rata warganet menyokong kata-kata yang dilontarkan oleh usahawan kosmetik berkenaan dengan mengatakan Syamsul Yusof seorang lelaki yang tidak pandai menghargai isteri.

Screenshot 2023 01 21 at 2.26.30 PMScreenshot 2023 01 21 at 2.26.40 PMScreenshot 2023 01 21 at 2.26.49 PMScreenshot 2023 01 21 at 2.26.54 PMScreenshot 2023 01 21 at 2.27.00 PM

Tidak kurang juga ada yang meluahkan kepuasan apabila melihat reaksi Vida selain membayangkan kamera tersebut adalah Syamsul persis ‘tunjal’ kepala pengarah berusia 39 tahun.

Screenshot 2023 01 21 at 2.30.28 PMScreenshot 2023 01 21 at 2.30.39 PM

Sumber: TikTok @datoserividaofficial

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI